Pages

Monday, 25 May 2015

Pendedahan Berani Mati Dari Nora Danish Apa Yang Beliau Tidak Dapat Kecapi Selepas 10 Tahun Jadi Artis


Setelah 10 tahun terlibat di dalam industri hiburan tanah air, sehingga kini Nora Danish masih belum menggenggam sebarang anugerah untuk dibanggakan malah pelakon ini juga turut mengakui kadang-kala terkilan dengan perkara tersebut. 
“David Teo pernah berkata kepada saya, anugerah tidak penting kepada mana-mana pelakon. Apa yang penting ialah mutu lakonan. Saya tidak nafikan perkara itu tetapi bagi saya, anugerah boleh memberi kepuasan kepada seseorang pelakon seperti saya”
“Setelah bertungkus lumus bekerja, mengapa tidak saya puaskan diri dengan sebarang pencapaian. Bukan untuk mengejar glamor tapi cukuplah sekadar pengiktirafan atas kesungguhan saya dalam bidang seni selama ini”
“Selama 10 tahun, anugerah yang pernah saya dapat hanyalah gelaran janda hot dan hot chick,” katanya kepada Kosmo! dalam nada bergurau tetapi penuh makna.
Tidak berselindung dan mengakui terkilan dengan perkara tersebut, Nora bagaimanapun tidak menyalahkan takdir dan menyifatkan perkara tersebut sebagai kerja Tuhan dan aturan rezeki setiap insan adalah berbeza-beza.

No comments:

Post a Comment