Sebelum itu, saksi dan juga seorang pendaki, Bagus Deni sempat mengambil
foto terakhir Eri sebelum beliau menyaksikan sendiri pelajar tersebut
jatuh ke dalam kawah. Foto tersebut, yang dimuatnaik sekitar jam 10
malam pada Sabtu terus mendapat perhatian pelayar laman foto popular,
Instagram.
Dalam pada itu, menerusi sumber Tribun Jogja, teman rapat Eri iaitu
Dicky juga ada menyiarkan gambar detik-detik sebelum pemuda berusia 21
tahun itu jatuh ke dalam kawah gunung berapi.
Dalam foto berkenaan, kita boleh lihat Eri ketika berada di batu
tertinggi (Puncak Tusuk Gigi) lokasi yang juga disebut Puncak Garuda
itu. Dapat juga dilihat Eri mahu turun dari puncak batu berkenaan namun
dia seperti tergelincir kemudian jatuh kedalam kawah berkenaan.
“Saya sempat mengambil fotonya dua kali. Dia mau turun, dalam
sepersekian detik ia terpeleset dan jatuh berguling. Sebelum dia naik ke
Puncak Garuda, ada pendaki lain yang sudah berhasil naik dan turun
dengan selamat. Eri sudah sempat diingatkan pendaki lain kalau ragu
lebih baik tak usah. Dia berhasil ada di puncak tapi ragu saat turun.
Dia minta saya menghadang tepat di depannya untuk jaga-jaga,” jelas
Dicky dipetik Tribun Jogja.
Menerusi sumber terkini, ada yang mendakwa Eri sudah dijumpai pada 17
Mei lepas (semalam) namun info berkenaan kami masih belum dapat
disahkan.
No comments:
Post a Comment