Sekitar
tiga minggu lalu, seorang penumpang Australia mendakwa dirinya diserang
secara se-ks-ual ( dic--abul ) seorang anak kapal Malaysia Airlines semasa
penerbangan ke Perancis dan kemudian mendakwa supaya tidak melaporkan
perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa. Wanita tersebut yang
bernama Laura Bushney memberitahu pihak media ketika ditemubual di
saluran televisyen Australia Channel 7 berhubung dakwaannya terhadap
ketua pramugara penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris, 4 Ogos
lalu.
MAS
mengesahkan kejadian tersebut dan berjanji menyiasat perkara tersebut.
Ketua pramugara itu ditahan polis Perancis sebaik sahaja mendarat di
Paris. Bushney, 26, juga merakamkan kejadian tersebut dalam telefon
bimbitnya. Rakaman itu telah dikeudarakan semasa program
televisyen Sunday Night terbitan Channel 7 berlangsung semalam.
Wanita
yang bertugas sebagai kakitangan sokongan orang kurang upaya itu
memberitahu dalam temubual eksklusif tersebut bahawa dia bimbang menaiki
penerbangan MAS ekoran insiden MH370 dan MH17, yang meragut hampir 600
nyawa penumpang dan anak kapal.
Bushney
memberitahu Channel 7, di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris
itu, ketua pramugara itu duduk bersebelahan dengannya di barisan 81 dan
mendakwa dia mer-aba kakinya dengan alasan cuba menenangkannya. Dia
memberitahu, pramugara itu kemudian mem-a-s-ukkan tangan ke dalam sel-uarnya
sambil mer-aba kem-alua-nnya.
Bushney
merekodkan kejadian tersebut menggunakan telefon mudah alihnya yang
dibungkus di dalam selendang yang disorok di bawah bantal yang telah
dimainkan di dalam rancangan temubual itu. Dalam rakaman itu, yang
dimainkan pada Channel 7, bisikannya boleh didengari dan dia telah
menyebut : “Dia mengurut kaki saya. Saya amat takut, saya hanya mahu turun dari kapal terbang ini.”
Pramugara itu
kembali ke tempat duduk dan boleh dilihat merayu kepadanya sambil
berkata “niatnya baik” di dalam rakaman yang telah
dibuat oleh Bushney. Bushney kemudian dipindahkan ke ruang kelas
pertama, di mana dia mendakwa pramugara tersebut sekali lagi merayu
kepadanya supaya tidak melaporkan perkara tersebut kerana dia sudah
mempunyai anak dan isteri.
Sementara
itu, portal Wanista.com telah mendapat emel daripada seorang pembaca
mengenai satu akaun laman sosial Instagram yang didakwa milik Laura
Bushney. Akaun tersebut sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan
kesahihannya memberikan keterangan kepada pihak media kerana gambar yang
dipaparkan amat jelik dan tidak senonoh. Akaun ini mengandungi gambar
wajah yang boleh dikenal pasti dengan jelas sebagai Laura dan juga kad
dari neneknya yang ditujukan kepada “Laura”.
Kandungan
se-ks--ual secara terang-terangan daripada gambar yang telah dimuatnaik ke
dalam akaun Instagram itu boleh dijadikan contoh bahawa dia adalah jauh
dari gadis yang tidak bersalah yang selama ini diwar-warkan oleh
pihak media Australia.Sumber