Wanita Yang Derhaka Kepada Allah
Wanita
atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah,
dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan
rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka
kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka
kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal
sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri
yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan
iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran
rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran
rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam
neraka.
1. Tidak Mengenal Allah
Untuk
mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar.
Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak
mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana
bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak
mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita,
seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang
perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari
iblis.
2. Cinta dunia, takut mati
Cinta
kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati.
Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan
dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan
mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya
membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak
perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa
cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang
dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang
dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu
seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu
seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.
3. Hati yang Kotor
Hati
yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji
seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan
disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan
syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta
kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji
seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan
paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk
menampung cinta yang suci dan agung.
Tetapi bila hati kotor dan
penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan
jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.
4. Melakukan Dosa
Jika
seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak
berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding
dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat
cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk
membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.
5. Tidak Mahu Berdoa
Berdoa
adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan
Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang
dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba
yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan
akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk
mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.
WANITA YANG PENDENDAM
1. Pengertian dendam
Dendam
ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang
lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan
kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.
2. Keburukan-keburukan Dendam
Dengan
itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang
tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan
menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:
Perasaan hasad
atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang
bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan
terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain
seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang
didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila
orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh
dari kelakuan orang-orang munafik.
Pendengki itu bukan saja
menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang
sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan
atau bencana.
Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.
Pendengki
akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang
didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia
lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.
Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.
Pendengki
akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang
yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya
dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram
dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.
3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis
Sekiranya
orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari
perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki
perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis
terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya,
tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala
keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan
kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua
perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan
melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.
Pernah
berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan
memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong
kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka
Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:
“Janganlah sampai
bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara
kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada
jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada,
tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”
(An-Nur: 22)
Sebaik
sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun
akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali
menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah
melakukan penganiayaan terhadap beliau.
Ayat di atas memberikan
pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu
hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan
kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh
tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara
untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana
seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan
dan darjat para siddiqin.
4. Dendam Perbuatan Haram
Nyatalah
dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam
Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada
hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu
seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan
harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan
seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan
mengajarkannya kepada orang ramai.”
Apa yang dapat disimpulkan
dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki
mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada
pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang
sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya nikmat itu
dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat
mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah
dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:
“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”
(Al-Muthaffifin: 26)
Menderhaka Kepada Ibu Bapa
WANITA
yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang
dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah
menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa. Allah
SWT telah berfirman yang maksudnya:
“Dan Rabb-mu telah
memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan
hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang
diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka
berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah
mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku
waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Allah memerintahkan agar
manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi
wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua
ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti
hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.
1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa
Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:
Wahai
Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau
menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau
dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah
menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali
engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan
engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”
Lelaki
itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.”
Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar
itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai
Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab,
“Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan
kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun
berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”
(HR Imam Ibnu Majah)
2. Mengherdik Ibu Bapa
Mengherdik
ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi
menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini
merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada
ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap
ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang
perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya
tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu
dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang
anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.
3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa
Oleh
kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi
memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti
mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan
kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi
dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan
dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya
dilakukan dengan perintah suami.
4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa
Ibu
telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula
bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak.
Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak
wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.
Merupakan
kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia
tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau
murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada
kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:
Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.
Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.
Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.
Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.
Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.
Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.
Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia
LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Islam
sangat melarang perbuatan derhaka kepada ibu bapa. Adapun hikmah
daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebagaimana dikisahkan
berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja terkenal. Atas izin
Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia
dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang.
Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga
tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah
gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula
samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit
menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat
sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya
ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat
kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman
menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan ini?” Dengan minta
pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya
dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
“Siapakah
engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” Tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
“Aku adalah manusia.” Jawab pemuda itu perlahan. “Bagaiman engkau boleh
memperolehi karamah semacam ini?” Tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian
pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karamah
dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar
lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya
sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi.
Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan
anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya
ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di
langit. “Setelah ibuku wafat aku berjalan-jalan di pantai. Dalam
perjalanan, aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku
mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke
dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman
yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum
terhadap pemuda itu. “Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di
dasar lautan itu?” Tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
“Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah
atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku
tinggal di dalam kubah.” “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?” “Jika
aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya
aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih,
lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.” “Bagaimana
engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?” Tanya Nabi Sulaiman a.s.
yang merasa semakin hairan. “Bila telah terbit fajar, maka kubah itu
menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila
matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari
sudah malam.” Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu
berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda
itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karamah bagi seorang pemuda yang
berbakti kepada kedua orang tuanya.
Derhaka Kepada Suami
PERKAHWINAN
di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki dan wanita.
Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan
saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan bertolak ansur.
Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran yang
menarik yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya
ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Diantara
tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak memilih
suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan mereka mengahwini
lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan hak ini
tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana pengalaman
mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan
sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan
pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud kepincangan,
kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah wanita
sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan
penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia
berhak menuntut talak.
Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk
agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi
yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan
lelaki yang leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan
lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka
pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang
keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik
adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”
(An-Nur: 26)
Ini
bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras
yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya.
Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya, diredhai oleh
perasaan dan hatinya.
ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik
wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila
engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan
menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa
mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara
yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font
kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah
Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.
Wanita Islam yang benar,
rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke
atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda
Rasulullah:
“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud
kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud
kepada suaminya.”
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Apabila
wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat
kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia:
Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”
(Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
“Apabila
seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan
mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya
malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”
(Sahih Muslim)
MENDEDAHKAN AURAT
Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:
“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”
Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Perempuan
yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki
bukan muhrim atau memakai segala yangmendatangkan keghairahan kepada
orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.
TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI
Pengorbanan
seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang
mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan
hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa
pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan
hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah
yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan
dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada manusia.
Sebagaimana
Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada
beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui
perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari
kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat
sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa
bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang
amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang
wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkaumendapat kutukan
Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan
mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali dua jenis
makhluk iaitu manusia dan jin.”
Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang
yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau membebani
sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima
amalannya yang wajib dansunatnya.”
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kalau
seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak serta
dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari
dia terlontar kata-kata angkuh, “engkauini siapa? Semua harta ini
milikku dan engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal
kebaikannya walaupun banyak.”
Nabi SAW adalah seorang yang sangat
kasih pada umatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari
azhab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan,
keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah
mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita
sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga
kita dan seluruh umat baginda.
MENYAKITI HATI SUAMI
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya
bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui baginda
sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis
wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan
dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai
penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya
lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita
yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya
sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam
kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita
yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun
kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.
Wanita
yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir
dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk
akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka
berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata
kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita
itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:
“Tidak
seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali
Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’
kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun
wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar
rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.
Adapun
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana
dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan
maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta
padanya kerana melihatperhiasannya.
Adapun wanita yang diikat
kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular
dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi
dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun
wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai
kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI
Ada
juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman
kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia
yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga
Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan
keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka
kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk
oleh Allah.
MEMBENCI POLIGAMI
Poligami
sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat seandainya tidak
ditangani dengan berkesan. Justeru, dalam mengatasi permasalahan ini,
kebijaksanaan para suami memainkan faktor penting dalam melayari
kebahagiaan rumah tangga yang dibina.
“Sememangnya Islam
membolehkan poligami. Hal ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam surah
An-Nisa ayat tiga yang bermaksud, “Kahwinilah wanita-wanita di kalangan
kamu dua, tiga atau empat,tetapi sekiranya kamu takut tidak dapat
berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”
Jadi dari situ kita
lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun
dibolehkan ia tidaklah dibuka dengan seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula
bergantung kepada sebab-sebab tertentu misalnya masalah isteri mandul,
isteri gagal berfungsi dengan sempurna untuk melayan suami, suami ingin
mendapat lebih ramai anak, ataupun suami sendiri mempunyai keinginan
nafsu yang berlipat ganda sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu
boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di situ ada keharusannya.
Bagaimanapun
dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang dimaksudkan
ialah keadilan dari sudut zahiriah dan batiniah. Bagaimanapun keadilan
dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini dijelaskan sendiri oleh
Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang kamu tidak boleh berlaku
adil dalam masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba sedaya
upaya kamu.”Maklumlah masalah hati dan perasaan ini sememangnya suatu
perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian Rasulullah SAW
mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.
Justeru
dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki namun ia
bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi
sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan poligami itu
boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan
anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
terbatal. Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu
mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.
Malangnya,
apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isteri mereka. Walaupun
dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan isteri pertama, dimana
suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun demi menjaga
kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri mengetahui
tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak terhadap
suami.
Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui
wujudnya orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain
jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka
sudah tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak
sukar menerima keadaan. Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini
sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak
berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut.
Tetapi bila isteri menolak dan membenci poligami, ianya bermakna isteri
derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.
Sebenarnya jika
pihak suami ikhlas dan bijak menangani keadaan, si isteri bukan sahaja
memberi kebenaran untuk suami bernikah tetapi sanggup pula mencarikan
calonnya. Namun apa yang berlaku kini sehinggakan isteri membantah
keputusan suami untuk berpoligami ialah sikap suami yang cuba melarikan
diri daripada tekanan hidupnya dan seolah-olah ingin mencari keseronokan
lain.
Wanita yang dimadukan ini pula perlu mengetahui hak
mereka. Dalam Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat aduan
kepada pihak yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk
menuntut keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan
dengan haknya. Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya
menghadapi masalah perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang
sah dan bukannya menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini
bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah bahkan
memburukkan lagi keadaan. Jika isteri tidak pernah mengetahui haknya
sebelum ini maka segeralah berjumpa pihak qadhi atau lain-lain yang
berpengetahuan untuk bertindak. Ambil tindakan yang bijak dan bukannya
dengan jalan yang tidak rasional.
Sekiranya setelah pengaduan
dibuat, tetapi masih tidak mendapat perhatian daripada pihak suami maka
wanita yang dizalimi ini boleh mengambil jalan keluar yang terakhir
iaitu memohon fasakh atau tebus talak di mahkamah. Justeru itu pihak
suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambah ilmu dan
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Fahami selok belok berpoligami
seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang ingin
dijadikan isteri itu benar-benar orang yang ingin dibela. Banyak berlaku
di kalangan suami yang kononnya ingin membela nasib wanita, tetapi
memilih anak gadis yang berumur 17 tahun, walaupun tak salah. Tentulah
lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah SAW dalam konteks membela
kaum wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah
berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.
Janganlah poligami
itu sahaja mengikut sunnah Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut
sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu memperisterikan Khadijah tidak
sekali-kali melakukan poligami. Baginda menghargai pengorbanan yang
dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian Khadijah dan baginda berkahwin
dengan Aisyah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu
Allah SWT.
Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan apa yang
ada dan jika ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri
samada boleh mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini
jelas merupakan satu keharusan dalam Islam. Bagaimanapun para suami yang
berkeinginan untuk berpoligami perlu meneliti dahulu apakah diri mereka
layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau
keruntuhan rumah tangga yang telah sedia dibina.
Apa yang penting
ialah para suami perlu bijak menangani masalah rumah tangga, bersikap
tegas dan berkeupayaan dalam menjalankan tugas seorang suami. Jangan
pula pihak suami yang berpoligami ada niat untuk menumpang kekukuhan
ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya, sudah tentu tidak kena
caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang membolehkan
poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah wanita solehah
yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar terlepas dari
seksa Allah SWT.
ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA
Tidak
ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang
terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi
layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada ibunya.
Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah
menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.
Bagaimanapun,
sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan
tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada
ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu
memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah
Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya
setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah
tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang
terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan
sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar
Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat
mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil
iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa
boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah
diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam menetapkan, apabila
seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan
keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus
diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh
suaminya sebagai wakil keluarga.
Manakala keluarga sebelah
isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang
sama, mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua
keluarga wajib saling berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan
kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan
tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur
dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran
syariat.
1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami
Di dalam kitab
Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia
memuliakan keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila
ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti ia telah menderhakai suami.
Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku kepada Alqamah tadi, pihak
suami tidaklah wajar dengan membiarkan dirinya renggang dengan keluarga
sendiri, sebaliknya lebih rapat dengan keluarga isteri. Suami
seolah-olah terpisah dari naungan keluarga sendiri, lalu lebih selesa
berteduh di bawah naungan keluarga isteri.
Berlakunya hal
seumpama ini didorong oleh kurangnya ilmu dan pimpinan baik di pihak
suami atau isteri. Tanpa ilmu, tiadalah panduan bertindak dalam mengatur
kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah pedoman dan kekuatan mengatur
langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu penting untuk kejernihan
akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.
2. Tidak sayang kepada keluarga suami
Isteri
perlu memahami dengan jelas aspek-aspek tertentu dalam sistem
kekeluargaan dalam Islam. Apa peranan dan kedudukannya dalam sebuah
keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan saudara-mara
lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang
melibatkan hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa
sendiri. Isteri perlu berfikir mana satu patut didahulukan antara taat
kepada ibu bapa dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara
tanggungjawab menggembirakan ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak
dan suami dan lain-lain.
3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami
Isteri
tidak istiqamah dalam menyuburkan sifat-sifat terpuji dan mengikis
sifat-sifat keji yang dapat melahirkan akhlak mulia. Maka berlakulah
kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua berkecil hati dan
marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan
mengabaikan hak-hak mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.
4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami
Tanpa
niat yang ikhlas, seorang isteri mudah alpa pada tanggungjawab terutama
bila ditimpa dugaan. Bisikan syaitan dan bujukan nafsu tidak mampu
ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus, tidak mampu lagi
dikesan.
5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada Keluarga Suami
Hal
ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf kepimpinan suami dan
kehadiran keluarga suami. Mungkin bagi sesetengah isteri, dia berasa
kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan suami dan
keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan ‘bersyarat’ iaitu
suami memberi perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan
keluarganya walaupun ini bermakna suami harus memutuskan hubungan atau
renggang dengan keluarganya sendiri.
Kes ini biasa berlaku bila
seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang status sosial diri atau
kerjaya lebih tinggi berbanding keluarga si lelaki. Bagaimanapun, ia
berlaku juga dalam perkahwinan sekufu di segi status sosial tetapi
mungkin berbeza di sudut lain seperti isteri lebih cantik atau pandai.
Sebab itu hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang mengahwini wanita
semata-mata kedudukannya maka Allah tidak akan menambah kepadanya
melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan bahawa ciri isteri
yang solehah itu ialah, “…jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila
dipandang,menyukakan hati…”Antara cara menyukakan atau menggembirakan
suami ialah memuliakan keluarga suaminya setiap masa, dalam keadaan apa
sekalipun.
Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika
ketaatan terhadap suami tidak benar-benar utuh. Kadang-kadang datang
dugaan dalam bentuk mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak
sendiri yang mampu atau sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa
tanggungjawabnya, mengambil peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk
dengan pekerjaan, tugas itu diamanahkan kepada isterinya. Maka waktu itu
pengorbanan daripada seorang isteri sangat dituntut, atas dasar taat
kepada suami dan berbakti kepada mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si
isteri tidak akan sanggup bersusah-payah untuk menjaga mentua yang sakit
dan berenggang dengan suami buat seketika.
Tanpa ketaatan yang
sepenuhnya juga, isteri mungkin cuai pada tanggungjawabnya, yang mungkin
kerana kongkongan ibu bapanya. Ini berlaku bilamana ibu tidak memberi
kepercayaan penuh kepada anak untuk membina kehidupan sendiri dan duduk
di bawah tadbir orang lain (suaminya). Isteri ini mungkin mempengaruhi
suami dalam banyak hal, agar melebihkan keluarganya sendiri daripada
keluarga suami.
6. Renggang Dengan Keluarga Suami
Memimpin
dan mendidik isteri bukan sahaja untuk melahirkan isteri yang solehah
tetapi juga ibu dan anak yang taat dan rela berbakti. Jika suami gagal
mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua (ibu bapa suami), tentu
isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya agar hormat dan
memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa dirinya
sebahagian daripada keluarga suami, dan anak-anak tidak berasa diri
mereka dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka dengan
keluarga ibu. Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu. Menantu dan
cucu-cucunya lebih mesra dengan keluarga besannya tetapi tidak dengan
mereka.
7. Kurang Bersilaturrahim
Untuk membetulkan
keadaan ini, maka penting bagi suami dan isteri menghayati ajaran Allah
dalam soal menjalin hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua
pihak. Di dalam Islam, menjalin silaturrahim adalah wajib dan
memutuskannya adalah
haram malam termasuk dalam salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.”Sabdanya lagi, bermaksud:
“Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”
(Riwayat Ahmad)
Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan dengan mentua) adlaah:
Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga.
Menghias
diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri, pemurah, pemaaf,
sabar, redha, menghormati orang tua,penyayang, bersikap mengambil berat
dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia, hati mentua dapat ditawan
melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan menantunya seperti
anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan mentuanya bagai ibu
sendiri; dihormati, disayangi sepenuh hati dan selalu diminta
pandangannya.
Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan
dan menunaikan tanggungjawab semata-mata kerana Allah, menantu
akansanggup berkorban untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan
suami selagi tidak masuk dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang
ikhlas menjadi benteng dari bisikan syaitan dan hasutan pihak ketiga.
Adanya
sifat amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Setiap pasangan suami
isteri perlu merasai bahawa isteri atausuaminya adalah anugerah Allah
yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain menjadi penenang jiwa bagi
suami, dia harus menjadipembantu suami dalam melaksanakan tanggungjawab.
Jika suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi penguat. Sebab itu dalam
hadis yang masyhur, Rasulullah bersabda:
“Dikahwini perempuan
itu kerana empat perkara; hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana
agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya
menguntungkankamu.”
Walaupun di peringkat awal si isteri tidak
sedar berlakunya kelalaian di pihak suami tetapi disebabkan asas
agamanya yang kuat, dapat mengingatkan suami atas kelalaiannya itu.
Sebagai isteri memegang peranan yang penting agar keluarga mereka
selamat dan diredhai Allah SWT. Dengan kukuhnya nilai Islam, dalam
rumahtangga akan mencurah rahmat Allah dan di situlah lahirnya
keberkatan. Bila ada keberkatan, suami dan isteri mampu menunaikan
segala perintah Allah serta mampu pula menjalin hubungan baik dan mesra
dengan ahli keluarga kedua-dua pihak terutama dengan ibu bapa sendiri
dan mentua.
Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak,
terutama bagi pihak isteri agar tidak menderhakai suami, maka perlu
dilakukan perkara-perkara berikut:
Taat dan berbakti kepada suaminya
Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan keluarganya
Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya
Tidak membuka rahsianya
Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya
Membantu suami mentaati Allah
Memahami jiwa suaminya
Berhias untuk suami
Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur
Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami
Menundukkan pandangan selain daripada suami
Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami
Mewujudkan ketenagan, kerehatan dan kedamaian dalam rumahtangga
Bertoleransi dan saling memaafkan
Wanita Yang Mendedahkan Aurat
MENAMPAKKAN PERHIASAN
Diharamkan
bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan
yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri.
Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:
“Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”
(An-Nur: 31)
Sehingga
bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada
tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu.
Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah dengan
berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka
yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan
perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.
Ada pun perkara
yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak, minyak wangi
dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau mempercantik
diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka kepada para lelaki
asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa pengharaman
terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.
MELAKUKAN KEMUNGKARAN
Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:
“Pasar-pasar
penuh dengan perempuan. Rasa malu yang hanyatinggal sedikit telah
bermaharajalela dan meliputi kebanyakan perempuan hingga dapat anda
saksikan perempuan-perempuan dudukdalam keramaian kelompok-kelompok
muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah kemungkaran yang telah
menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung kepada Allah dan
keadaan seperti itu dan dari kemarahan-Nya.”
Al Allamah Ibnu Hajr
al Haitami menganggap bahawa keluarnya seorang perempuan dengan memakai
harum-haruman dan perhiasan merupakan dosa besar. Katanya:
“Dosa-dosa
besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan.Keluarnya seorang
perempuan dari rumahnya dengan memakai harum-haruman dan perhiasan walau
dengan seizin suami adalah salahsatu di antaranya.”
Rabi’ Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara perempuan Hudzaifah yang berkata:
“Rasulullah
SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuanbukankah kamu memiliki
perhiasan perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias? Sesungguhnya
tidaklah seorang dari kamuberhias dengan emas yang dinampakkannya
kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.”
Dalam huraian
ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap perbuatan menampakkan
perhiasan opleh perempuan dihadapan orang-orang yang dilarang untuk
melihat perhiasannya itu, padahal berhias dengan emas, perak dan
sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk kelihatan cantik
di hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada itu dianggap dosa
dan wanita yang melakukannya termasuk ke dalam senarai mereka yang
dicintai oleh iblis.
Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang
seorang perempuan untuk menampakkan perhiasan. Baik yang berbentuk
perhiasan biasa atau pun berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini
dikuarkan lagi dengan hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:
“Bagaimana
pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat, subang,gelang kaki, cincin
emas serta pakaian nipis? Aisyah r.a. menjawab: “Wahai para wanita!
Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang wanita. Allah
menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau
bersolek bagi mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari
diri kalian.”
WANITA YANG MENYUKAI FITNAH
Fitnah
dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya
wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang
buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat menimbulkan bencana dan
memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya fitnah
itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas
menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang terlarang untuk dilihat,
segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan
oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya
fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khat’am tersebut.
Oleh
sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan
keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari
bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia
kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb
wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah.
Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih
berbahaya daripada fitnah yang lainnya.
Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:
“Tidaklah
kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki
selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada
manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan wanita, tipu daya
mereka tau pun tergelincir kerana mereka.
BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG
Tudung
yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal,
tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak
perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman ini. Memakai
pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai
perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing
timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.
1. Memakai Pakaian Nipis
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:
1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:”
Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.
Perempuan-perempuan
yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan.
Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak
akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya (syurga).
Sesungguhnya harumsyurga itu terdapat pada perjalanan begini dan
begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: “Maksud dari sabda
Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi terlanjang” adalah gambaran tentang
perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan
gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan
seperti ini secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun
pada hakikatnya mereka berterlanjang.
2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit
Di
antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar
pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan
demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit
dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu,
maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat
menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya
kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk
melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan
‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian
hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar
bentuk tubuhnya.
Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya
memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya
dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya
ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar
mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan
perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari
syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka
pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga
memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya
manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat
mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap
mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan
berhaji ke rumah-Nya yang suci.
Sebagaimana wanita dilarang
berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian
jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari
auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing dilarang untuk melihat yang
tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun pakaian yang
dikenakan itu tebal serta tidak nipis.
3. Memakai Pakaian Warna-Warni
Dasar
dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk tubuh
dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah
dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun jahitan yang
indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah hikmah
memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah
pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal
ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk
dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam
senarai pakaian-pakaian yang tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai.
Padahal dengan menutup aurat yang sempurna, akan tertutuplah salah satu
sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup
pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya.
Wanita Yang Menyerupai Lelaki
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak
dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya
seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang
samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan, gerak-geri, pakaian
mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat
perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi
masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling
berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang
lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada
pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk
memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan
yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus
sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah
ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka
faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di
antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan
spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah
terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan
lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak
dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.
Dengan
begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatan-perbuatan
yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan.
Perbuatan seks dengan sesama jenis meminggirkan tempat-tempat
pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di
Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada
penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian perempuan dari
masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat pelampiasan
hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang
belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh
mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam
mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara
dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut,
merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa
rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut.
Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
Dari Ibnu Abbas yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.”
Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:
“Menurut
at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai
perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk
perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula kiranya dalam
berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi
perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya).”
Tentang
penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka
yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut
memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan
untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan beransur-ansur
untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap
dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila
keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz
(menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi:
seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia
tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara,
setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat
merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur
sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan.
Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:
“Rasulullah
SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan perempuan yang
kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu.” Ibnu
Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar
mengeluarkan perempuan yang seperti itu.” Jika seorang perempuan
mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang
sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat
laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya yang membiarkannya
seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya serta tidak
melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan untuk
memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Para
suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari perbuatan
maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya
yang bermaksud:
“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah.”
(At-Tahrim: 6)
Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak
dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam perbuatan,
ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan agar
masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari yang lain
dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat
muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan, pakaian
mahupun hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk menyerupai
masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan akidah
dan dapat menghilangkan identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan
kemungkinan lebih jauh, bahawa mereka menjadi pengikut
masyarakat
yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki penganutnya
menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang mengajarkan
mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya menjadi pengikut bagi
setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang bermaksud:
“Janganlah
kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang
beriman.”
(Ali Imran: 139)
Adapun larangan untuk
menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat pada beberapa tempat di
dalam al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat di dalam sabda
Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya:
“Kemudian Kami
jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan agama, maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak akan dapat
menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi
sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang
bertaqwa.”
(Al Jatsiah: 18-19)
Seterusnya Allah SWT
menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat kafir adalah wali bagi
yang lain samada di dunia mahupundi akhirat. Namun tidak seorang walupun
dari mereka yang dapat memberikan manfaat untuk mencapai pahala ataupun
untuk menghindarkan diri mereka dari azab Allah. Sebaliknya, masyarakat
muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk, sesungguhnya Allah lah
Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah menjadikan bagi
Nabi Muhammad SAW sebuah syariat lalu Allah SWT memerintahkan Nabi
Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta melarangnya agar
mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke
dalam pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah
orang-orang yang menentang syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB
Tidak
dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di dalamnya
atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah tudung
yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang lainnya. Larangan terhadap
salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang dari
agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut sebagai
lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang mereka
yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka
mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka dan
menghormati atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan.
Allah Taala menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah dusta dan
kebohongan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan kerana ucapan
mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih Isa putera Maryam,
Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula
menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang diserupakan
dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham
tentang (pembunuhan) itu benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula)
yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya)
Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.”
(An Nisa: 157-158)
Hadis-hadis
berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan pakaian apa sahaja
yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu Hitthan,
sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW tidak akan
membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya kecuali
dihilangkannya.
Dari Aisyah ra. yang berkata:
“Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. “Dari Abu al Jahhaf, katanya:
“Saya
bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan
padanya terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia
melihat Umar membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun
menghilangkan salib dari pakaian itu.”
Dari riwayat para sahabat
ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai pakaian yang terdapat padanya
salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak berani membakar pakaian
tersebut.
Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW
melihat pada tirai beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda
memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun
riwayat tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang
memakai pakaian terdapat padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita
menyerupai masyarakat Kristian yang telah menjadikan salib sebagai
lambang akidah mereka yang batil mahupun sebagai syiar syariat mereka
yang telah diselewengkan. Ibnu Qudamah berkata:
“Dibenci adanya
gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan
dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam
rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali dihancurkannya.”
Salam Ukhuwah..~
sumber