Seorang nenek yang berusia 84 tahun telah dimasukkan ke
dalam hospital kerana sakit perut mendapati bahawa dia sebenarnya telah
mengandungkan bayi ‘batu’ yang berusia 32 minggu di dalam badannya selama 40
tahun.
Wanita warga Colombia itu disyaki menghidap gastroenteritis tetapi ujian x-ray
menunjukkan fetus yang beku di dalam abdomennya.
Ujian selanjutnya yang
dijalankan di pusat kecemasan di ibu kota Bogota mendedahkan 18 inci fetus
dengan berat 14lb, yang disyaki telah berada di dalam badan wanita itu
sekurang-kurangnya 4 dekad. Kes itu disyaki disebabkan
oleh fenomena perubatan yang jarang berlaku iaitu lithopedion. Ini berlaku
apabila tanpa pengetahuan ibu, ada bayi yang terbentuk di luar uterus kemudian
mati.
Disebabkan fetus tidak
boleh dibuang, badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi
itu kepada batu untuk melindungi ibu dari jangkitan.
Dr Kemer Ramirez dari Hospital
Bogota Tunjuelito mengatakan: “ini berlaku apabila fetus berubah tempat dari rahim
ke tempat yang lain.”
“Dalam kes ini, bayi telah
terbentuk di abdomen dan disebabkan badan menghasilkan mekanisma ketahanan, ia
telah dikalsified.”
Doktor-doktor
menasihatkan bahawa ia amat berisiko untuk membiarkan fetus itu dan ia harus
dikeluarkan kerana umur wanita itu yang telah lanjut.
Nenek itu, yang juga
menghidap penyakit Alzheimer kemudiannya telah dipindahkan ke hospital lain akan
menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi itu.