Pages

Thursday, 12 June 2014

Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014

Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014 | Senarai top ranking kedudukan universiti (IPTA/IPTS) terbaik di Malaysia bagi tahun 2014. Faktor kedudukan adalah berdasarkan sumbangan kertas projek (Research), reputasi kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang sudah bekerjaya, fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran.
Gambar Hiasan

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
6. International Islamic University Malaysia (IIUM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Multimedia University (MMU)
9. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
13. University Malaysia Perlis (UniMAP)
14. Limkokwing University of Creative Technology (Lim Kok Wing)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Nota Penting: Kedudukan Berdasarkan QS ASIA Top University Ranking

Kisah Seram Pensyarah Di Lebuhraya Salak Tinggi

Kisah Seram Pensyarah Di Lebuhraya Salak Tinggi | Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 10:30 malam, Safar segera menulis nota-nota terakhirnya di papan hitam seraya berkata, “Ok kelas cukup sampai topik ini sahaja hari ini. Kita sambung chapter seterusnya hari Khamis nanti”.
Gambar Hiasan
Ucapan itu seolah-olah satu mentera yang menaikkan semangat pelajarnya yang sedang dari tadi sibuk menyalin di dalam buku nota masing-masing. “Thank You Sir” ucap 34 pelajar di dalam kelas tersebut serentak. Bilik kuliah yang dari tadi sunyi sepi mula riuh. Safar dengan cepat mencapai semua barang-barang diatas mejanya dan disumbatkan kedalam beg galas yang sudah lusuh.
Dalam keadaan kelas yang riuh rendah, Safar menuju ke arah pintu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “On Thursday,jangan lupa bawa sekali Company Law Act, kita nak study sikit case law” Kata-kata Safar seolah-olah tenggelam di dalam keriuhan kelas, hanya beberapa pelajar yang mengangguk tanda faham apa yang diperkatakannya. Safar meneruskan perjalanan keluar dari bilik kuliah. Terus ke tempat letak kenderaan staf yang jaraknya lebih kurang 50 meter dari bilik tersebut. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang tinggal. 
 Angin malam yang nyaman menyegarkan Safar yang sudah sedikit mengantuk. Diseluknya poket jeans lusuhnya dan mengeluarkan sejambak kunci. Jari-jemarinya pantas mencari anak kunci motorsikalnya. Setelah kunci yang betul dijumpai, Safar segera menghidupkan motorsikal berkuasa 100cc yang sedari tadi kaku dihadapannya. Sungguhpun berenjin kecil, deruman enjin motorsikal Safar mampu memecahkan keheningan suasana. 
Safar memulas pendikit dan motorsikalnya meluncur menuju ke pintu keluar kolej. Dari jauh, sayup kedengaran para pelajar kelasnya bergerak menuju ke hostel pelajar. Setelah sampai ke jalan besar, Safar memulas lagi pendikit motorsikalnya, kali ini motorsikal kecil itu meluncur laju. Jika dilihat dari arah belakang, seolah-olah motorsikal kecil itu membelah kepekatan malam yang sejuk itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah separuh masa di kolej swasta, bayaran tidak seberapa tetapi peluang ini sahaja yang ada untuk seorang graduan baru sepertinya. 
Namun Safar bersyukur dan gembira dengan pekerjaannya di kolej kecil itu. Safar hanya perlu mengajar tiga kali dalam seminggu untuk kelas waktu malam. Tidak pernah sekalipun dia merungut tentang beban kerja, cumanya yang membuat Safar sedikit keberatan adalah masa perjalanan pulang dari kelas. Kelas yang bermula pada pukul 7:30 malam dan berakhir pada pukul 10:30 malam sememangnya menyusahkan. Apatah lagi dengan menaiki motorsikal kecil dari Salak Tinggi ke rumahnya di Shah Alam. 
Keadaan lebuh raya pada malam itu agak berbeza dari malam-malam sebelumnya. Ini kerana kenderaan yang lalu adalah amat sedikit berbanding malam-malam lain. Perjalanan jauh itu cukup untuk membuat perasaan seorang penunggang motorsikal untuk dibuai dengan angan-angan. Keadaan lebuh raya yang lurus itu membolehkan dia hanyut di dalam pemikirannya sendiri. Tiba-tiba motorsikal yang dinaiki olehnya seolah-olah semput dan tersekat-sekat. Safar yang dari tadi sedikit mengelamun tersentak dengan keadaan itu. Mata Safar melilau mencari tempat untuk berhenti, dia bersyukur apabila terlihat tidak kurang 30 meter, terdapat sebuah tempat berteduh untuk motorsikal. Safar segera menuju ke tempat tersebut. 
Setelah sampai, Safar segera turun dan menongkat motorsikalnya. Dibelek-belek kenderaanya itu dengan penuh tanda tanya. Kawasan teduhan di tepi lebuh raya itu hanya disinari dengan satu lampu jalan yang amat malap. Namun Safar dengan jelas dapat melihat motornya dan juga keadaan sekeliling. Pelik juga, biasanya masa seperti ini sudah tentu banyak kenderaan yang lalu lalang. Tetapi tidak pada malam ini. Hanya kendengaran bunyi motorsikalnya yang menderam. 
Sekejap perlahan, sekejap kuat. Safar bingung dengan keadaan tersebut. Dengan tidak semena-mena Safar terdengan satu bunyi dentingan loceng yang amat kuat. Ia diikuti dengan ngiauan seekor kucing yang kesakitan. Bingkas Safar menoleh kearah bunyi tersebut, Safar dapat melihat seekor kucing yang menggelitik kesakitan betul- betul dibahu jalan. Safar segera berlari kearah kucing tersebut dan mendapati satu kesan luka yang amat besar di leher kucing itu. Safar hanya mampu melihat penderitaan kucing tersebut yang berakhir dalam beberapa minit sahaja. 
Kucing yang sedari tadi menggelitik sakit telah diam dan kaku. Hanya bunyi enjin motorsikalnya yang masih lagi menjadi peneman di kawasan teduhan tersebut. Kerana kasihan melihat bangkai kucing itu dibahu jalan, Safar mengambil keputusan untuk mengangkat kucing itu dan meletakkannya kedalam sebuah lubang tanah yang telah sedia ada disitu. Disepaknya tanah-tanah halus agar menutupi lubang. “Macam mana pula kucing ni boleh mati? Tak ada kereta langgar, tak nampak pula bunyi anjing. Macam mana tiba-tiba ada luka besar di leher kucing tu?” detik hati Safar. 
Perasaan seram mula menyelubungi dirinya, tiba-tiba satu teriakan yang amat kuat diikuti dengan suara tangisan yang amat menyeramkan memecah kesunyian malam. Safar segera melompat naik keatas motorsikalnya. Dipicit pendikit sehabis mungkin. Ditendangnya penghidup enjin semahu-mahunya. Motorsikal Safar sekali lagi meluncur keatas lebuh raya. Mula-mulanya tersekat, tetapi setelah beberapa ketika ia lancar semula. Safar masih lagi bernafas kencang, peluh sejuk membasahi dahinya. Apakah bunyi yang didengarinya tadi? Manusia kah? Binatang kah? Hati Safar lega apabila memasuki kawasan yang terang benderang di lebuh raya tersebut. 
Setelah melepasi satu susur keluar, kereta sudah mulai banyak, dan terdapat juga beberapa motorsikal yang di hadapannya. Sekali lagi Safar dikejutkan dengan satu bunyi hon motorsikal yang kuat. Safar menoleh ke cermin pandang belakang dan melihat sebuah motorsikal berkuasa besar dibelakangnya. Motorsikal tersebut tidak memotongnya tetapi terus membunyikan hon berulang kali. Sekali lagi perasaan seram menjengah di hati Safar. Motorsikal berkuasa tinggi itu terus memecut dan memotong Safar. Semasa menoleh kearah motorsikal tersebut, barulah Safar perasan ada rambut yang menjurai dibahunya. Safar tidak berani mendongak keatas kerana khuatir apa yang bakal dilihat. 
Dia hanya mampu untuk pandang ke depan dan berharap apa sahaja yang berada diatas kepalanya akan hilang sebentar lagi. Kerana terlalu takut, mulut Safar seolah-olah terkunci untuk membaca apa-apa ayat Suci Al-Quran. Pendikit motorsikalnya dipulas dengan lebih kuat. Harapannya untuk sampai terus ke Bandaraya Shah Alam dengan segera. Akhirnya Safar hampir sampai di susur keluar Shah Alam, apabila memasuki jalan motor, topi keledar yang dipakai oleh Safar diketuk dengan kuat sehingga menyebabkan Safar hampir terjatuh. Namun Safar tetapkan tekad untuk terus sampai ke rumah. Dipulasnya pendikit beberapa kali untuk melajukan motorsikalnya. 
Sehinggalah sampai ke satu simpang sunyi selepas plaza tol di Shah Alam Safar memberhentikan motorsikalnya. Safar yang sudah keletihan dengan apa yang berlaku telah menjadi marah. “Apa nak jadi pun jadilah” Safar berkata kepada dirinya sendiri seraya mendongak keatas. Hatinya lega kerana sangkaannya meleset. Tiada apa yang ada diatas kepalanya, hanyalah langit gelap tidak berbintang. Sekali lagi keadaan sunyi menyeliputi malam. Tiada kenderaan di sekitarnya, hanya lampu-lampu malap yang menerangi jalan menjadi saksi kaku akan gelagatnya. 
Safar melihat jam tangannya, sudahpun pukul 12:00 malam. Sekali lagi Safar memulas pendikit motorsikalnya, dan meluncur kembali ke jalan raya. Tiba-tiba, sesusuk tubuh wanita berpakaian putih muncul dihadapan motorsikal Safar. Safar cuba mengelak tetapi motorsikalnnya gagal dikawal. Safar jatuh berguling dan akhirnya terlentang dibahu jalan. Dia cuba untuk bangun tetapi gagal. Seluruh tubuh badannya seolah-oleh kebas dan tidak bermaya. 
Darah pekat mengalir dari dalam topi keledar terus membasahi bajunya. Dalam samar-samar Safar dapat melihat tubuh seorang wanita tua yang berjalan terjengket-jengket menghampirinya. Walaupun samar-samar, jelas kelihatan rambut wanita tua itu yang panjang mengurai sehingga keparas pinggang. Safar hanya mampu mengerang kesakitan. 
Tiada satu kenderaan pun yang lalu di kawasan tersebut. Wanita tua itu pula semakin lama semakin hampir. Bau busuk seakan-akan muncul serta merta dengan kehadiran wanita tua itu disisi Safar. Safar yang sedang terbaring hanya mampu berdoa di dalam hati agar dirinya tidak diapa-apakan. Wanita tua itu dengan kasar merentap topi keledar Safar hingga tertanggal, dia kemudian mendekatkan mukanya kepada Safar. 
Dengan suara yang amat garau dan menyeramkan dia berkata: “Kenapa kau ambil makanan aku? Kau timbus pula. Sekarang kau jadi galang gantinya” Tiada siapa yang dapat mendengar jeritan Safar pada malam itu. Tiada siapa yang dapat melihat kengerian yang berlaku keatas seorang anak muda yang tidak berdosa. Apa yang pasti, seorang lagi insan telah menjadi mangsa kepada malam yang penuh dengan misteri dan rahsia. 

Sebab Utama Lokasi Bangkai Kapal Titanic Dirahsiakan

Sebab Utama Lokasi Bangkai Kapal Titanic Dirahsiakan | Titanic ialah sebuah kapal penumpang yang terbesar didunia pernah karam ketika membawa seramai 2,201 orang didalamnya.Kapal ini telah karam dalam tahun 1912 kerana telanggar ketul ais batu yang besar dikawasan tenggara Newfoundland.



Kisah tenggelamnya kapal titanic ini telah menjadi sebuah cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut hingga ke hari ini.Kenapa tidak, seramai 1,513 orang dari penumpangnya itu telah tenggelam bersama-sama kapal tersebut tanpa dapat diselamatkan.


Kapal seberat 46,00 tan ini mempunyai dua tingkat tempat penumpang dan pintu-pintu dibawah air yang sangat menarik.Ramai pelancong dari masyarakat berada di Eropah dan Amerika Syarikat telah menjadi penumpang kapal ini.
Titanic juga dikatakan kapal yang pertama menggunakan panggilan kecemasan ‘SOS’ yang baru. Selepas 73 tahun Titanic berada di dasar laut,baru pada awal September 1985 ia dapat dikesan oleh sepasukan ahli sains Amerika Syarikat dan Perancis diketuai oleh Robert Ballard.
Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.

Bangkai kapal Titanic ini ditemui setelah pasukan tersebut membuat penyelidikan ke atas dasar laut seluas 260kilometer persegi dengan menggunakan robot. Ia berjaya mengambil gambar-gambar dan merakamkan data-data melalui alat video untuk mengkaji kedudukan kapal Titanic itu.
Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.
Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk Robert Ballard, ketua pasukan penyelidik bangkai kapal Titanic ini merupakan orang yang paling gembira, kerana dengan penemuan tersebut akan dapat menyingkap banyak hal tentang bagaimana kapal tersebut yang sesetengahnya merupakan sebuah misteri terbesar selama lebih tujuh dekad.
 

Wednesday, 11 June 2014

Awas! 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Wajib Anda Tahu

AWAS! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU | Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
 
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Tapi shhhh… ini rahsia. Jangan share maklumat ini dengan orang lain.

sumber