Pages

Tuesday, 5 August 2014

Siapa Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap?

Siapa Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap? | Biodata Raja Zainal Badri kekasih Felixia Yeap tersebar. Pada 4 Julai 2014, pengguna laman sosial dikejutkan dengan pendedahan foto teman lelaki kepada bekas model Playboy iaitu Felixia Yeap. Lebih mengejutkan apabila kekasih Felixia Yeap merupakan seorang berbangsa Melayu dan mempunyai personaliti yang warak (alim dan beriman). Ternyata perbezaan bangsa bukanlah penghalang untuk pasangan ini bahagia. Terdahulu, Felixia Yeap atau nama islam Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah memeluk agama Islam secara rasmi setelah melafazkan dua kalimah Syahadah pada 3 Julai 2014.
kekasih felexia yeap 1
Biodata Teman Lelaki Felixia Yeap
Nama Penuh: Raja Zainal Badri
Asal: Kuala Lumpur Malaysia
Bangsa: Melayu
Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)
Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche
Di bawah merupakan lagi gambar-gambar Raja Zainal Badri bakal suami Felexia Yeap yang baru masuk Islam.
index
kekasih-baru
kekasih-hati
kekasih-rasmi-2
raja-zainal

sumber

Ibubapa, Tolong Jangan Lakukan Perkara Ini Jika Tidak Mahu Hantar Anak Ke “Gigi Neraka”

Ibubapa, Tolong Jangan Lakukan Perkara Ini Jika Tidak Mahu Hantar Anak Ke “Gigi Neraka” | Apabila anak sulung saya menyuarakan kesedihannya kerana saya tidak membelikan beliau smartphone dan tidak membenarkan beliau menggunakan duit simpanannya bagi membeli sendiri, dengan alasan susah berhubung dan berbincang dengan rakan-rakan sebab semua menggunakan Whatsapp, saya kira beliau juga sudah cukup bersedia untuk saya jelaskan sebabnya.
anak-pakai-smart
Pada pandangan saya, ibu bapa yang memberi anak-anak smartphone pada usia 12 tahun, dengan kemudahan data, mereka telah mengambil langkah yang sangat salah.
Saya tanya anak saya tadi, “Yop rasa, kawan-kawan Yop, jika dalam telefon mereka keluar video perempuan telanjang, gambar lelaki perempuan telanjang, rasanya kawan-kawan Yop akan delete dan elak tengok, atau bagaimana?”
Anak saya tak boleh jawab.
Dan saya tanya lagi, jika dia sendiri adakah jiwanya cukup kuat untuk mengelak bahan lucah, judi atas talian, game atas talian, beliau menggelengkan kepala.
“Kalau Yop terjebak dengan benda-benda ni, Abi tak mampu tolong Yop sampai bila-bila. Yop akan berdosa setiap hari sampai dewasa, sampai mati. Abi tak nak Yop fikir Abi ni kolot, mengongkong, kedekut, I do this simply because I love you and I want to protect you”
Saya tidak berani mengaku yang saya ini techno savvy. Tetapi saya tidak buta teknologi. Saya mengendalikan website era pra blog semenjak 1997, menggunakan Palm VI seawal 1998 hingga ke era Samsung Galaxy S4 pada tahun 2013 dan iPad Air pada tahun 2014. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT biar pun hanya bertaraf pengguna. Saya sentiasa pastikan diri saya pengguna celik. Bukan guna tetapi tidak sedar akan implikasi penggunaannya kepada fizikal, kognitif, emosi, sosial dan keberagamaan anak-anak kita. Saya berkongsi pesanan ini bukanlah sebagai ustaz cabuk pengguna telefon cap ayam.
Cukuplah dengan keterlanjuran kita membuka akaun Facebook untuk anak-anak sekolah rendah dengan menipu Zuckerberg akan tarikh lahir mereka. Ada sebab kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dianggap belum wajar mempunyai akaun Facebook. Tetapi dengan memberi smartphone bersama peruntukan data, ibu bapa sesungguhnya menghantar anak-anak ke gigi NERAKA.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu, dan ahli keluargamu daripada Neraka. Ia dikawal oleh para Malaikat yang amat ganas dan keras, malah tidak sama sekali mengingkari Allah berkenaan apa yang diperintahkan ke atas mereka melakukannya” [al-Tahrim 66: 6]
Ibu bapa yang mencucuh putung rokok ke tubuh anak dan seterika anak dengan seterika panas, kita kata mereka berhati binatang dan kejam. Tidak kejamkah ibu bapa yang memudahkan jalan anaknya dibakar api Neraka? Mendedahkan anak kepada ketagihan pornografi, games, kebusukan bahasa dan kecelaan akhlaq? Keselamatan, penjenayah siber, pedophile?
Jangan over confident wahai daddy and mommy. Seriously, have a mercy upon your kids but saving them from the Hellfire.
Harap penjelasan sambil makan sushi tadi membantu dan beliau boleh terima.
Di dalam catatan ini saya mahu menekankan tentang peer pressure. Jika ibu bapa faham sekali pun, anak-anak belum tentu faham. Mereka perlu difahamkan. Kepada ibu bapa yang sangat baik hati bagi anak umur 12 tahun smartphone sendiri, tolonglah fikir balik.
Baca buku Technopoly oleh Neil Postman.
Seriously!

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang ?

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang ? | Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain… Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir… kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.
malaysia diserang
Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas… ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia… lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.
Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia… AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula…
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom… melancar peluru berpandu… membedil… menembak Rakyat Malaysia… mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita… sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang… datang lagi pesawat musuh silih berganti… Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah… Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara… tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…
menentang pintu rumah anda… anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda… sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia… muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006… diajukan muncung senapang…
DAMMMMMM… anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak… anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…
Anda menangis ketakutan…
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak… untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati… tetapi umur anda masih panjang… anda masih hidup… anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri…
Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH…
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri… Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini… Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… didepan mata!!! kawan-kawan… sahabat taulan… ramai yang terkorban…dan tidak kurang juga yang cedera parahh…
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri… mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga… anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa… Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali… BANTUAN ALLAH… BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…
ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA… ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI…
Tetapi tunggu punya tunggu… bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:
“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ”
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti… setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )
“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan… Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai.
(Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)
“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )
“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)…bagi komen dan pendapat…
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

sumber

Malaysia Kini Popular Di Israel


SHAH ALAM - Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.

Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu. - Sinar Harian