Pages

Tuesday, 19 August 2014

Gambar aksi gedik Erin Malek dan ayahnya ala-ala bercium

Baru-baru ini, pelakon Erin Malek telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang memaparkan aksi ge--diknya bersama ayah seakan-akan bercium. Ini jelas membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Gambar tersebut disertakan dengan caption pendek berbunyi "Happy Father's Day @lensamalekmarwi75". Meskipun ia perkara biasa dalam hubungan bapa dan anak namun ada juga peminat yang berfikiran negatif dan menganggap aksi berkenaan kurang sesuai.

Mungkin ada peminat yang cemburu dengan kasih sayang yang diterima Erin dari ayahnya. Manakan tidak, ayah Erin memang terkenal dengan sifat penyayang dan penyabar.




10 Tempat Yang Dilarang Tengok Dalam Google Maps


Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

Tempat tersebut adalah;

1. The Royal Residence, Belanda
Royal Palace Amsterdam di Belanda - dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam - menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile
Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina
Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia
Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun
Lapangan Terbang Minami Torishima - lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun - oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah
Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York
The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY - yang dibuka pada tahun 2010 - menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq
Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda
Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan..


sumber 

INFO-BAHAYA UPLOAD GAMBAR WANITA HAMIL DI FACEBOOK

Page Ibu Hamil Di Facebook
Terjumpa satu status ini di facebook di Santai Ben Ashaari "Kenapa aku nasihatkan jangan post gambar ibu sedang BF ?? Nak tau kenapa ??? Ini contohnya yang dah berlaku...." dan bersama status tu ada diberikan sekali link ke page hamil bertudung. Kesemuanya adalah gambar-gambar ibu yang mengandung yang mana dikumpul di dalam facebook dan dimasukkan ke dalam page tersebut. Ini link ke page itu : https://www.facebook.com/groups/hamilbertudung/?ref=br_tf

Apa yang menyakitkan hati, gambar-gambar tersebut akan dijadikan bahan tontonan dan komen-komen yang ditulis pada gambar-gambar berb-aur s-e-ks dan luc--a-h yang melampau. Nak tahu macam mana tahap kelu-ca-han tu? Korang masuk page tu dan bacalah sendiri. Sanggup ke korang nak biarkan gambar isteri, adik, kakak atau saudara korang dijadikan tontonan oleh makhluk yang bernafsu macam tu? 

elakkan daripada upload gambar-gambar yang boleh menjadi target kepada makhluk-makhluk ini untuk memanipulasikan gambar-gambar korang.

Isteri Pelakon Terkenal pendam rahsia suami ber-z-ina selama setahun kerana sayang

Demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina lebih 20 tahun lalu seorang isteri sanggup menanggung dosa dan memendam rasa sekian lama walaupun mengetahui suami ‘makan luar’ dengan melanggan p-ela-cur untuk memua-skan na-fsu.

Bebanan perasaan itu mula ditanggung wanita dikenali sebagai Zalina, 40-an sejak mereka berkahwin kerana suaminya seorang kaki perempuan, tetapi tidak terlalu serius kecuali setahun kebelakangan ini apabila dia mula berani melan-ggan pe-l-acur dan menjadi ahli VIP sebuah kelab pelac-uran atas talian.
xpix_topright.pagespeed.ic.s7S3lYmol3.jpg (600×387)


Walaupun perkahwinan mereka dibina atas pilihan keluarga, namun suri rumah itu menyayangi suaminya sepenuh hati dan tidak sanggup berpisah, sedangkan mengetahui dia melakukan perbuatan tidak bermoral dengan wanita lain.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia mengetahui suami mula terjebak dengan kegi-atan tidak bermoral sejak setahun lalu selepas mendapati dia sering memberi alasan menghadiri mesyuarat, shooting dan makan malam syarikat untuk keluar dari rumah walaupun di hujung minggu.

“Saya pernah bertanya kepadanya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi saya hanya mendapat amukan dan maki hamun daripadanya.

Sejak itu saya tidak berani bertanya dan banyak memendam perasaan sehingga memudaratkan kesihatan.

“Semua saya lakukan untuk menjaga maruah suami, diri sendiri selain mengelakkan anak mendapat kesan negatif daripada perbuatan bapa mereka, tetapi saya mula berfikir sampai bila saya perlu menanggung dosa diatas perbuatannya,” katanya.

Zalina berkata, perubahan drastik oleh suaminya menimbulkan pelbagai persoalan, sedangkan sebelum ini dia sering ‘melekat’ di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan kerja atau mesyuarat.

Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dia memeriksa telefon bimbit suaminya secara diam, untuk mendapatkan kepastian.

Katanya, alangkah terkejut apabila menemui pelbagai SMS dan WhatApps temu janji dengan wanita di hotel bajet sekitar Lembah Klang yang dihantar individu tertentu termasuk wanita.

“Selepas menyiasat saya dapati suami melan-ggan ‘cheong’ atau gadis pengiring dari sebuah laman sosial Facebook (FB) dikenali SMO (S-e-ks Melayu Official), malah dia menjadi ahli VIP kelab berkenaan untuk menikmati pelbagai keistimewaan.


“Saya tidak sangka suami terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu sedangkan selama ini hidup kami amat bahagia.

Malah, saya geli geleman apabila membaca beberapa SMS berb-aur lu-cah yang dihantar wanita yang pernah dilanggannya,” katanya.

Zalina berkata, walaupun dia boleh dikategorikan sebagai individu yang buta teknologi, tetapi cuba menyiasat dengan membuat kajian di Internet dan FB mengenai maksud gadis pengiring atau ‘cheong’ dan menganggap ia satu kegiatan pela-c-uran kelas atasan.

Apa tidaknya, dia berkata, bayaran yang dikenakan untuk menjadi ahli mencecah ribuan ringgit, malah bayaran keahlian lebih tinggi jika ingin menikmati kemudahan lebih istimewa.

Tetapi yang menyedihkan, katanya kebanyakan wanita yang dipe-rdagangkan dalam pusat pelacuran maya itu adalah wanita Melayu, dan lebih mengejutkan ada antara mereka gadis bertudung dan isteri orang.

Selepas mengetahui perbuatan suami, Zalina berkata, dia hanya mampu mengadu kepada Allah dengan memperbanyakkan solat hajat dan berdoa supaya suaminya yang berusia lebih 50 tahun itu diberikan hidayah untuk berubah satu hari kelak.

Malah, dia juga mengambil keputusan memaklumkan kepada ahli keluarga dan meminta mereka melakukan perkara sama supaya suami menyedari perbuatannya.

“Saya terlalu menyayanginya dan tidak sanggup berpisah, pada masa sama saya memikirkan nasib anak yang bersekolah.

“Jadi, sekarang saya perbanyakkan doa dan sering mengadakan sembahyang hajat supaya suami dilembutkan hati dan sedar kesilapannya, serta bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, saya rasa ini usaha terbaik yang saya boleh lakukan supaya suami insaf,” katanya.

Sambil mengakui suaminya seorang yang berpendidikan tinggi, Zalina cuma berharap suatu hari kelak doanya dimakbulkan Allah dan kerukunan rumah tangga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

“Dia seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan bagus.

Malah, sebagai isteri saya juga percaya dia boleh berubah…

Kini saya berdoa dan berserah kepada Allah semoga satu hari kelak ada perubahan dan penyesalan dalam dirinya,” katanya.

“Saya sedar saya tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, tetapi sebagai isteri sayaberharap ada sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Zalina berkata, dia dijodohkan dengan suami ketika berusia 18 tahun manakala suami 28 tahun, dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak.