Pages

Showing posts with label Isteri Pelakon Terkenal pendam rahsia suami ber-z-ina selama setahun kerana sayang. Show all posts
Showing posts with label Isteri Pelakon Terkenal pendam rahsia suami ber-z-ina selama setahun kerana sayang. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Isteri Pelakon Terkenal pendam rahsia suami ber-z-ina selama setahun kerana sayang

Demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina lebih 20 tahun lalu seorang isteri sanggup menanggung dosa dan memendam rasa sekian lama walaupun mengetahui suami ‘makan luar’ dengan melanggan p-ela-cur untuk memua-skan na-fsu.

Bebanan perasaan itu mula ditanggung wanita dikenali sebagai Zalina, 40-an sejak mereka berkahwin kerana suaminya seorang kaki perempuan, tetapi tidak terlalu serius kecuali setahun kebelakangan ini apabila dia mula berani melan-ggan pe-l-acur dan menjadi ahli VIP sebuah kelab pelac-uran atas talian.
xpix_topright.pagespeed.ic.s7S3lYmol3.jpg (600×387)


Walaupun perkahwinan mereka dibina atas pilihan keluarga, namun suri rumah itu menyayangi suaminya sepenuh hati dan tidak sanggup berpisah, sedangkan mengetahui dia melakukan perbuatan tidak bermoral dengan wanita lain.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia mengetahui suami mula terjebak dengan kegi-atan tidak bermoral sejak setahun lalu selepas mendapati dia sering memberi alasan menghadiri mesyuarat, shooting dan makan malam syarikat untuk keluar dari rumah walaupun di hujung minggu.

“Saya pernah bertanya kepadanya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi saya hanya mendapat amukan dan maki hamun daripadanya.

Sejak itu saya tidak berani bertanya dan banyak memendam perasaan sehingga memudaratkan kesihatan.

“Semua saya lakukan untuk menjaga maruah suami, diri sendiri selain mengelakkan anak mendapat kesan negatif daripada perbuatan bapa mereka, tetapi saya mula berfikir sampai bila saya perlu menanggung dosa diatas perbuatannya,” katanya.

Zalina berkata, perubahan drastik oleh suaminya menimbulkan pelbagai persoalan, sedangkan sebelum ini dia sering ‘melekat’ di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan kerja atau mesyuarat.

Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dia memeriksa telefon bimbit suaminya secara diam, untuk mendapatkan kepastian.

Katanya, alangkah terkejut apabila menemui pelbagai SMS dan WhatApps temu janji dengan wanita di hotel bajet sekitar Lembah Klang yang dihantar individu tertentu termasuk wanita.

“Selepas menyiasat saya dapati suami melan-ggan ‘cheong’ atau gadis pengiring dari sebuah laman sosial Facebook (FB) dikenali SMO (S-e-ks Melayu Official), malah dia menjadi ahli VIP kelab berkenaan untuk menikmati pelbagai keistimewaan.


“Saya tidak sangka suami terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu sedangkan selama ini hidup kami amat bahagia.

Malah, saya geli geleman apabila membaca beberapa SMS berb-aur lu-cah yang dihantar wanita yang pernah dilanggannya,” katanya.

Zalina berkata, walaupun dia boleh dikategorikan sebagai individu yang buta teknologi, tetapi cuba menyiasat dengan membuat kajian di Internet dan FB mengenai maksud gadis pengiring atau ‘cheong’ dan menganggap ia satu kegiatan pela-c-uran kelas atasan.

Apa tidaknya, dia berkata, bayaran yang dikenakan untuk menjadi ahli mencecah ribuan ringgit, malah bayaran keahlian lebih tinggi jika ingin menikmati kemudahan lebih istimewa.

Tetapi yang menyedihkan, katanya kebanyakan wanita yang dipe-rdagangkan dalam pusat pelacuran maya itu adalah wanita Melayu, dan lebih mengejutkan ada antara mereka gadis bertudung dan isteri orang.

Selepas mengetahui perbuatan suami, Zalina berkata, dia hanya mampu mengadu kepada Allah dengan memperbanyakkan solat hajat dan berdoa supaya suaminya yang berusia lebih 50 tahun itu diberikan hidayah untuk berubah satu hari kelak.

Malah, dia juga mengambil keputusan memaklumkan kepada ahli keluarga dan meminta mereka melakukan perkara sama supaya suami menyedari perbuatannya.

“Saya terlalu menyayanginya dan tidak sanggup berpisah, pada masa sama saya memikirkan nasib anak yang bersekolah.

“Jadi, sekarang saya perbanyakkan doa dan sering mengadakan sembahyang hajat supaya suami dilembutkan hati dan sedar kesilapannya, serta bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, saya rasa ini usaha terbaik yang saya boleh lakukan supaya suami insaf,” katanya.

Sambil mengakui suaminya seorang yang berpendidikan tinggi, Zalina cuma berharap suatu hari kelak doanya dimakbulkan Allah dan kerukunan rumah tangga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

“Dia seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan bagus.

Malah, sebagai isteri saya juga percaya dia boleh berubah…

Kini saya berdoa dan berserah kepada Allah semoga satu hari kelak ada perubahan dan penyesalan dalam dirinya,” katanya.

“Saya sedar saya tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, tetapi sebagai isteri sayaberharap ada sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Zalina berkata, dia dijodohkan dengan suami ketika berusia 18 tahun manakala suami 28 tahun, dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak.