Pages

Saturday, 6 September 2014

GEMPAR !!! Pasangan Remaja Kantoi Tumpang Rumah Wanita Untuk Bersetubuh




Dalam kejadian jam 3.30 petang pada 20 Ogos lalu, wanita berusia 40-an itu baru 
pulang ke rumahnya sebelum menemui dua remaja tidur di dalam bilik.

Gadis berusia 14 tahun itu memaklumkan, dia dirogol rakan lelakinya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan 
Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila gadis yang tidak lagi bersekolah 
dikatakan mengikut suspek berusia 16 tahun ke rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi 
pada hari sama.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah rakannya, suspek mengajak mangsa masuk ke
dalam rumah berkenaan kononnya untuk menonton televisyen dan makan.

“Mangsa setuju dengan pelawaan suspek dan disebabkan kepenatan, mangsa masuk ke 
 dalam bilik untuk berehat sementara suspek berbual bersama beberapa rakannya di 
 ruang tamu.

“Bagaimanapun, suspek meninggalkan mangsa di rumah itu untuk ke sekolah dan pulang
 semula kira-kira jam 2.30 petang.

“Sebaik pulang dari sekolah, suspek memasak dan menghampiri mangsa yang berehat 
 di dalam bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis
 Kontinjen Terengganu, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan itu, kedua-duanya tertidur dan 
hanya terjaga selepas dikejutkan ibu saudara kepada rakan mereka.

Katanya, wanita terbabit yang terkejut melihat keadaan dua remaja itu menghubungi 
polis sebelum mereka ditahan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan 
 kerana merogol,” katanya. - Bernama

7 Gambar Gadis Cun Buat Aksi Bangang Di Malam Merdeka



Sepatutnya pada malam merdeka, kita seharusnya menyambut dengan suasana yang penuh patriotik tetapi lain pula yang terjadi dengan pasangan kekasih ini.

Pasangan kekasih romantis ini bangga melakukan maksiat di malam merdeka dengan berkongsi gambar aksi terlampau mereka kepada rakan-rakannya di laman sosial.

Apa pun, Katak Comel mendoakan pasangan kekasih ini diberikan hidayah supaya tidak melakukan perkara bodoh seperti ini pada masa hadapan.

Perubahan mengejut Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar

Perubahan mengejut penampilan Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar |Didie Alias sememangnya sinonim dengan gelaran Lady Gaga Malaysia dekkerana etika pemakaiannya yang sering menjolok mata, pelik dan terlalu ketat.


Perubahan mengejut Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar, info, terkini, hiburan, sensasi,


Baru-baru ini sahaja, fesyen yang digayakan pelakon dan pelawak itu untuk program Super Spontan 2014 paling pelik dan menakutkan. Entah apa yang ada di fikiran Didie sehingga semakin berani tampil dengan pakaian sedemikian dan cukup memalukan.

Begitupun, ada satu berita menarik buat netizen di luar sana mengenai aktres berusia 40 tahun itu. Penampilannya yang berhijab sempena Majlis Rumah Terbuka Fareeda yang dihoskan beliau sendiri mencuri tumpuan orang ramai.


Perubahan mengejut Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar, info, terkini, hiburan, sensasi,


Perubahan mengejut Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar, info, terkini, hiburan, sensasi,


Ramai neziten mengharapkan agar cara berpakaian sopan sedemikian dapat diteruskan dan tidak lagi kembali ke fesyen-fesyen yang dulu.


Hiburan, info, Perubahan mengejut Didie Alias di rumah Fizo dan Mawar, sensasi, terkini,

Friday, 5 September 2014

Kucing Jana Pendapatan Lebih Rm5 Ribu Sebulan Melalui Iklan

Hei.. tahukah anda? Haiwan juga boleh menjana pendapatan yang lumayan.




Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah yang 'muram' atau 'merajuk' menjadi haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound bersamaan dengan RM5,238 sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.




Kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta). 



Bertuah betul pemiliknya, Tabatha Bundesen. Tak perlulah dia bekerja dengan sesiapa lagi. Kerja jaga kucingnya saja dah memberi pulangan yang lumayan.


Seekor lagi kucing, Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 ke atas sehari juga terbabit dalam beberapa projek iklan. 




Menurut pemiliknya, Caroline Bailey, Bronte tidak akan bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran serta kemudahan haiwan comel tersebut.


Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan smartphone yang disaksikan lebih 5 juta penonton di YouTube. - (Laporan asal di Utusan Malaysia)

View the original article here