Pages

Sunday, 26 October 2014

6 Gambar perkahwinan Emma Maembong & Adira paling ekslusif

Wow memang paling ekslusif gambar-gambar perkahwinan Emma Maembong dan Siti Adira Suhaimi bagi menghiasi majalah perkahwinan edisi November 2014.
Tampil bertudung penuh, kedua-dua artis popular ini kelihatan amat anggun ketika menggayakan dua gaun pengantin yang berwarna putih & merah dan bertatahkan pelbagai hiasan menarik.
Tak sabar pula tengok Emma dan Adira bersanding di pelamin dengan jejaka pilihan hati masing-masing. Mesti secantik bidadari kan! Betul tak?





Rupanya ini sebab sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri

Punca sebenar Nora Danish sanggup putus cinta dengan Nedim Nazri – Dalam keseronokan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bercuti bersama-sama di luar Negara baru-baru ini, terdapat khabar berita kurang baik yang mula kedengaran tentang mereka.

Menurut laporan sebuah media hiburan, hubungan cinta pelakon itu dengan Nedim Nazri dikatakan tidak mendapat restu daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri.
Susulan itu, Nora Danish segera tampil kepada akhbar Kosmo dengan memberitahu bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan cinta mereka jika tindakan demikian adalah penyelesaian terbaik.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”
Dalam pada itu, juri program Maharaja Lawak Mega 2013 berkenaan turut menegaskan bahawa dia dan Nedim tidak pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Jika ada pun, pengumuman menerusi siding media akan dibuat juga.

2 Gambar terlampau romantik Datuk K peluk erat Siti Nurhaliza

Sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun sejak berkahwin pada 21 Ogos 2006, ternyata kebahagian yang dikecapi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Seri Khalid Muhammad Jiwa semakin erat dan kukuh dari tahun ke tahun.
Malah meskipun belum dikaruniakan cahayamata pertama namun pasangan ini tidak pernah berputus asa dan tidak menjadi itu sebagai alasan untuk tidak bahagia.
Buktinya, Siti Nurhaliza yang baru sahaja memenangi anugerah Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia pada Anugerah Planet Muzik 2014 telah memuatnaik dua keping gambar paling romantik mereka di mana Datuk K memeluk erat Siti Nurhaliza.
Kedua-dua gambar itu dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya dengan caption "Nak letak jugakla gambar ni..sapa sakit mata ..sila mata ye." 
Korang pasti terbeliak mata dengan keromantikan mereka, tak gitu? Apapun, jom layan 2 keping gambar romantik mereka di bawah.


10 Gambar Pica Priscilla, bekas awek Baim Wong, teman lelaki Elfira Loy


Pelakon kelahiran Indonesia, Baim Wong tiba-tiba popular di Malaysia sejak setahun lalu selepas aktor itu gigosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Elfira Loy. Kini hubungan cinta mereka yang dulunya sekadar gosip sudah sah setelah Baim sendiri membuat pengakuan.

Namun, tahukah korang sebelum Elfira Baim pernah bercinta dengan Pica Priscilla yang merupakan seorang model terkenal di Indonesia. Orangnya memang amat cantik dan jelita sehingga membuat kami turut tidak dapat melelapkan mata.

Jom lihat  10 keping gambar posing maut Pica Priscilla yang paling mengancam dan menggegar jantung hati.




Baim Wong ialan pelakon terkenal Indonesia yang kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres comel dari Malaysia, Elfira Loy.
Sebelum Elfira, Baim pernah bercinta dengan Marshanda namun tidak kekal lama kerana artis bertudung itu memilih Ben Kasyafani sebagai teman hidup. 
Tidak lama kemudian, Baim bercinta pula dengan Pica Priscilla, salah seorang artis wanita Indonesia yang memiliki kejelitaan luar biasa. Begitupun, hubungan mereka putus begitu sahaja. 
Siapakah Pica Priscilla? Apa yang menarik mengenai si gadis jelita ini ialah keberaniannya bersemuka dengan Elfira Loy semalam. Korang baca laporan portal sisidunia di bawah mengenai perbincangan dua wanita cantik itu.

"Kikuk dan serba salah tingkah terlihat dari wajah dan perilaku artis tampan, Baim Wong, hari ini, Senin (20/10/2014) di Dahsyat ketika pacar barunya, Elfira Loy, yang merupakan artis dari Malaysia datang ke acara musik tayangan RCTI tersebut.

Tingkah Baim semakin janggal ketika mantan pacarnya, Pica Priscilla juga menelepon dari Amerika Serikat. Wajah Baim yang awalnya biasa saja langsung memerah ketika 2 wanita yang ada dihidupnya tersebut kini harus berbincang satu sama lain.

Lewat sambungan telepon, Deni Cagur memperkenalkan Pica kepada Elfira Loy. Dan dengan bahasa yang ramah, kedua artis cantik berbeda negara ini saling menyapa yang membuat Baim semakin tidak bisa menyembunyikan kegalauan hatinya.

Dengan nada becanda, Deni yang saat itu mengetahui Pica akan makan, melarang artis berusia 26 tahun tersebut untuk makan terlalu banyak karena terasa pahit setelah berkenalan dengan Elfira Loy.

Dalam kesempatan tersebut, Pica juga bertanya diantara dirinya dan Elfira, mana yang lebih cantik. Pertanyaan tersebut ternyata tidak bisa dijawab dengan baik oleh Baim.

Pica Priscilla dan Baim Wong dikabarkan pernah menjalin hubungan asmara. Namun karena perbedaan keyakinan, hubungan keduanya tidak bisa berlanjut. Kini, Pica sedang melanjutkan studinya di Amerika Serikat
- PORTAL SISIDUNIA."

Berikut ialah 9 keping gambar mengancam Pica Priscilla yang pasti membuat ramai jejaka di luar sana tidak senang tidur meskipun kepenatan dari bekerja. Ye ker? Hehehe