Pages

Monday, 2 February 2015

Penuntut Universiti Maut Dikelar Teman Lelaki Semasa Memandu




BUKIT GANTANG: Seorang penuntut wanita sebuah UITM Pulau Pinang telah meninggal selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 19, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit.


Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

"Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

"Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

"Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkata dia tak mampus lagi ke ?!'," cerita saksi.

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahimi B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori. - Siakapkeli.com.my

LUAHAN HATI WANITA BERGAMBAR SELFIE BERSAMA SUAMI DIHINA DAN DIEJEK


Berikutan tersebarnya gambar mesra seorang wanita cantik dengan lelaki yang merupakan suaminya di media sosial, wanita itu tampil meluahkan perasaannya apabila ramai yang memberikan komen negatif dan mengejek serta menghina gambar mereka berdua.

Baca luahan hati beliau di bawah:

Ya Allah. Tak habis lagi! Habis mengucap dah aku ni! Salah apa aku sampai mcm ni teruk nya. Dah kawin salah. Tak kawin lagi lah salah! Kau siapa nak menghina dia? Lantak lah dia muka mcm mana pun. Bila aku terima dia, aku terima segala kekurangan dia. Aku tak kesah sikit pun korg nak anggap aku apa. Tp jgn him. Aku tak suka. Aku kat sini rasa sakit sgt!

Cuba fikir dgn cara yang waras, Untung apa korg bash org? Dapat duit ke? Aku rasa tak. Dpt dosa ada lah. Nak suruh aku sabar, Yes aku sabar. Mmg aku sabar. Tapi bila org hina org aku sayang, and paling penting suami aku sendiri. Takkan aku nak diam wat dunno? Kemom lah.

Siapa yg ada dekat tempat aku pun nak rasa benda yg sama. Maybe dah menangis melalak mcm org gila. Tp aku rasa takde untung pape pun kalau aku menangis bagai nak rak. Takde sbb aku nak menangis bagai.

Semua orang mampu hina org jee. And satu lagi. Ikut suka hati aku lah nak selfie mcm mana pun. Korang takde ‘HAK’ nak melekehkan kita org. Camera, IG, semua kite org punya bkn beli guna duit uolls pun so tak perlu nak menghina org seteruk tu!.

Seteruk teruk dia. Dia cukup imam untuk membimbing aku ke arah kebaikan. Cukup lah! Kalau setakat muka handsome duit tarak, iman tarak, buat apa? Kau ingt nak bayar apa apa guna handsome & cantik? Kau ingt di padang mahsyar nanti nak guna muka handsome tu?

Zaman bila tu? Tu zaman bdk bdk boleh lah bro. Bawak mengucap bebayak ya. Aku berterima kasih sgt yg menghina kite org tu, nanti di padang mahsyar jgn cari kite org tauu. Hehehehe askum.

Dunia perkongsian pada zaman ini sememangnya kejam dan semakin menjadi-jadi sehinggakan ramai yang menjadi mangsa pembulian siber.

Majlis 'Baby Shower'





Ramai melemparkan komen negatif berkenaan majlis 'Baby Shower' tersebut yang dikatakan tidak Islamik dan lebih baik kelahiran anak itu disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat. Melalui akaun Instagram beliau, Zarema telah melahirkan rasa terkilan kerana dia telah mengadakan dua kenduri doa selamat sebelum majlis baby shower tersebut.


 photo 10516911_931830050190966_2113587094_n.jpg
 photo 10961836_931830033524301_1235581420_n.jpg
Majlis tersebut telah diadakan di Klang dan Johor Bahru. Bagaimanapun, Zarema memaafkan mereka yang mengata dan selebihnya adalah urusan orang tersebut dengan Allah.

 photo 10965714_931828363524468_1986302989_n.jpg
Melalui maklumat yang kami terima, majlis baby shower biasanya dianjurkan oleh kawan-kawan rapat ibu mengandung yang diraikan untuk memberi hadiah kepada bayi. Majlis ini hanya dihadiri oleh perempuan sahaja dan kos penganjuran adalah ditanggung oleh rakan-rakan ibu mengandung tersebut.
Diharap selepas ini tiada kekeliruan berkenaan isu tersebut memandangkan Zarema telah tampil memberi penjelasan. Untung juga bila kita ada rakan-rakan rapat yang sudi meraikan kita, bukan? Doakan segalanya dipermudahkan buat Zarema

BOD@H BINTI BANGANG ??!! Hambik Kau ! Kritikan Pedas MICHAEL ANG Tepat Terkena BATANG HIDUNG JURI MLM 2014 !


#Pengarah hebat yang juga bekas peserta Master Chef Selebriti,> Michael Ang sememangnya dikenali dengan kritikan pedas dan juga lantang bersuara.
#Baru-baru ini , Michael Ang dilihat lantang memberi komen dan juga menghentam juri Maharaja Lawak Mega 2014..
Antara kritikan Michael Ang kepada juri adalah:-


"Juri Indonesia ni bangang binti bodoh ke apa?? Datuk bagi 3 dgn lawak mcm tu u pulak bagi jugak 3? U should base on what was given earlier!"
#Rata-rata ada yang setuju dengan komen >Michael Ang ini.. Jom tengok beberapa tweet dari Michael Ang tentang MLM 2014 minggu lepas



"OK Shiro pun tak lawak first round !I just don't get it! Sorry guys!"

"HA HA HA TAK Lawak! Kesian Nabil dah la seorang! 4 bintang? Krik krik krik"

"Round 1 yg lawak Cuma Bocey , Zero n Virus! Yg lain Tak lawak! Nabil ok la ! Ketawa sekali sekala! Tapi aku rasa la semua pelawak Takut kalau dapat juri Indonesia yg ckp! Takut dia tak faham lawak!"

"Tak ada penyingkiran ni. Dah agak dah! Phuiiii"
#Hmmmmm.... tapi ini semua adalah pandangan peribadi dari >Michael Ang sendiri...Apa yang dia rasakan dier luahkan kepada semua....Tengokkan aje lah pasni giliran sape pulak yang lantang bersuara,mempertikaikan juri MLM 2014 lagi....Manelah tahu kan kot2 Chef wan pun same naik nak komen jugak!,lagilah haru-biru...huhu.. 
#Apepun semoga semua peserta yang layak ke final MLM2014 dapat buat persembahan yang terbaek..!


Sumber:berita-harian.net