Pages

Monday, 2 February 2015

Majlis 'Baby Shower'





Ramai melemparkan komen negatif berkenaan majlis 'Baby Shower' tersebut yang dikatakan tidak Islamik dan lebih baik kelahiran anak itu disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat. Melalui akaun Instagram beliau, Zarema telah melahirkan rasa terkilan kerana dia telah mengadakan dua kenduri doa selamat sebelum majlis baby shower tersebut.


 photo 10516911_931830050190966_2113587094_n.jpg
 photo 10961836_931830033524301_1235581420_n.jpg
Majlis tersebut telah diadakan di Klang dan Johor Bahru. Bagaimanapun, Zarema memaafkan mereka yang mengata dan selebihnya adalah urusan orang tersebut dengan Allah.

 photo 10965714_931828363524468_1986302989_n.jpg
Melalui maklumat yang kami terima, majlis baby shower biasanya dianjurkan oleh kawan-kawan rapat ibu mengandung yang diraikan untuk memberi hadiah kepada bayi. Majlis ini hanya dihadiri oleh perempuan sahaja dan kos penganjuran adalah ditanggung oleh rakan-rakan ibu mengandung tersebut.
Diharap selepas ini tiada kekeliruan berkenaan isu tersebut memandangkan Zarema telah tampil memberi penjelasan. Untung juga bila kita ada rakan-rakan rapat yang sudi meraikan kita, bukan? Doakan segalanya dipermudahkan buat Zarema

No comments:

Post a Comment