Golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihak polis dan
mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga. Polis
Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita
tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP
dengan menerima bayaran lumayan, lapor Harian Metro.
Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang
baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga
RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di ranjang. Menurut Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit
Aman, Datuk Roslee Chik berkata, golongan artis berkenaan berada dalam
radar pemantau pihaknya dan mendapati terdapat antara artis itu sudah
mendirikan rumah tangga. “Berdasarkan maklumat risikan, kami mendapati
mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu
malam.
Bayaran bergantung kepada tahap popular mereka, semakin popular, semakin
mahal. “Kebanyakan artis berkenaan mengenakan khidmat orang tengah yang
bertindak sebagai pengatur pertemuan dengan VVIP,” ujarnya. Beliau
mengingatkan artis berkenaan supaya jangan fikir mereka dikenali maka
mereka boleh terlepas daripada tindakan undang-undang. Terdapat sumber
mengatakan kebanyakan artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah
untuk menyasarkan golongan kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh
maksiat itu.
Orang tengah itu merupakan individu yang berpengaruh dalam industri
hiburan dan mengenali ramai kenamaan. Roslee berkata, biarpun tidak
boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, namun pihaknya
mengetahui setiap pergerakannya. “Modus operandi orang tengah ini sangat
licik kerana hanya mengaturkan pertemuan antara artis itu dan pelanggan
serta memberitahu jumlah bayaran. “Selebihnya, pelanggan akan berunding
sendiri dengan artis itu.
Selalunya pertemuan dimulakan dengan menjamu selera di restoran
tertentu atau pelanggan akan membawa artis berkenaan ke bilik karaoke,”
ujarnya. Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke
bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada
serbuan.
No comments:
Post a Comment