#Memang diketahui dikalangan selebriti & pelakon jika anda muncul di
kaca televisyen, badan anda akan kelihatan lebih berisi dan bertambah
10KG walau tiada data saintifik membuktikan perkara itu. Namun, isu ini
menjadi masalah baru buat Ayda Jebat....
#Ketika muncul dalam drama terbaru berjudul Diva di Astro Ria baru baru ini, ramai peminat mula menegur penampilan Ayda Jebat yang dilihat sangat berisi dan berlainan sungguh dengan wajah comelnya ketika popular dengan drama Rindu Awak 200%.....
#“Berat badan saya 45 kg dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa. Ia naik dalam 2 kg saja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam”....
#“Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris,” ujar Ayda Jebat....
#Lantaran perkara itu, Ayda Jebat mengakui ada rakan yang menyarankan beliau untuk melakukan pembedahan muka bagi membuang lemak dan menjadikan lebih cantik....
#“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan,” tambahnya yang nekad untuk berdiet sebelum menjalani sesi penggambaran selepas ini....

No comments:
Post a Comment