Seramai 28
banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga wanita
yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis berjaya 'menggoda'
tiga warden penjara, menurut satu laporan.
Polis menemui
ketiga-tiga warden penjara berkenaan dalam keadaan berbogel dan digari
di dalam penjara awam Nova Mutum, dekat Cuiaba, tengah Brazil pada waktu
pagi selepas insiden banduan melarikan diri itu.
Menurut
penyiasat, ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan memberikan minuman
keras yang telah diletakkan dadah di dalamnya kepada warden penjara dan
memperdayakan mereka untuk menyertai satu 'pesta liar'.
Sekumpulan
banduan melarikan diri menggunakan pintu utama, malah sempat mengambil
senjata dari tempat persembunyian di penjara tersebut.
Polis
kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dalam wanita dan
pakaian seragam polis yang digunakan wanita sebagai fantasi untuk
melakukan hubungan seks, dipercayai telah dipakai oleh ketiga-tiga
wanita berkenaan bagi menggoda warden penjara.
Menurut polis,
ketiga-tiga wanita tersebut, di mana salah seorangnya dilaporkan
merupakan teman wanita kepada salah seorang banduan yang melarikan diri,
tiba di penjara itu pada pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan dan meminta
kebenaran untuk berada di dalam kawasan penjara untuk berbual dan
minum.
Warden penjara
itu dilaporkan memenuhi permintaan itu dan kemudiannya diperdayakan
untuk meninggalkan tempat bertugas bagi menemani wanita tersebut ke
kuartes kakitangan.
Menurut ketua
polis, Angelina de Andrades Ferreira, kesemua warden penjara itu
kemudiannya diberikan dadah sebelum tangan mereka digari.
Tambahnya,
ketiga-tiga wanita itu kemudiannya mengambil kunci dan membuka semua sel
penjara, menyebabkan sekumpalan banduan berjaya melarikan diri.
Bercakap pada
sidang media, beliau berkata: "Rancangan mereka adalah untuk menggoda
warden penjara dengan memberikan minuman yang mengandungi dadah supaya
mereka khayal. Kemudiannya membuka pintu utama yang menghubungkan sel
penjara di bahagian dalam.
"Mereka yang melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Kesemua warden
yang khayal tidak dapat mengingati apa-apa. Seorang daripada mereka
ditemui dalam keadaan pening kepala dan cuba untuk bangun. Seorang lagi
tidur sepanjang waktu petang sehingga tidak dapat disoal siasat.
Polis kini sedang memburu kesemua 28 banduan yang melarikan diri menerusi satu operasi mencari secara besar-besaran.
Polis berkata, seorang banduan ditemui berjalan-jalan dengan memegang senapang yang dicuri di sekitar tengah bandar Nova Mutum.
Manakala
seorang lagi ditangkap selepas mencuri sebuah trak dari ladang dan
kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan. - mirror.co.uk
No comments:
Post a Comment