Tanda pertama yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media Arab Albadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.
Tanda kedua menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasik yang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada 2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberias diramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.
Ali Gomaa
Pada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak boleh diambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayah Lubnan.
Tanda ketiga menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mata air Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan. Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.
Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.
Bahkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat memastikan bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada beliau, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab "yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya
No comments:
Post a Comment