Penyanyi kesayangan ramai, Zamani Slam sudah dibebaskan dari tahanan reman dan difahamkan sedang menjalani rawatan pemulihan diri.
Bagaimanapun, tidak diketahui di manakah penyanyi itu menjalani rawatan.
Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di Rumah Pengasih
sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.
Malah minggu lalu, Pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi ada berkata,
pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada ketagihan dadah.
"Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk
ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah,
di mana-mana pun bo#leh, kita akan bantu sekiranya dia mahu.
"Dengan kaedah dan rawatan yang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima ra#watan di sini dan berjaya pulih," tambahnya - Eblog011.
No comments:
Post a Comment