Dia merupakan antara pemain bola tampar yang cukup menawan dalam
arenanya . Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan
oleh ahli pasukannya kerana raut wajahnya yang cantik itu menyebabkan
dia menjadi tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.
Sabina Altynbekova, 18, telah menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan oleh kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak
menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.
Keadaan itu telah mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak
puas hati, malah media di negaranya juga kerap mengkritik pihak lain
yang obses dengan kecantikan Sabina.
“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat dengan
pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari akhbar
terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh.
Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
“Ia menyukarkan kita untuk beraksi. Hanya dia seolah-olah pemain di situ,’’ ujar Nurlan Sadikov.
Setiap gambar yang disiarkan dalam Facebook mendapat perhatian
beribu-ribu pengikutnya dengan kebanyakannya adalah dari China, Vietnam,
Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.
No comments:
Post a Comment