PUTRAJAYA
10 Feb. - mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri
Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwattt Mohd. Saiful Bukhari Azlan,
hampir tujuh tahun lalu.
Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima
hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang
mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang
Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di
bawah Perlembagaan Persekutuan.
(Wakil rakyat boleh tersingkir daripada kerusinya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh lebih dari setahun).
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula hari ini.
Yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif,
Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk
Ramly Ali.
Hakim Arifin ketika membacakan ringkasan penghakiman setebal 54 muka
surat antara lain menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa Mohd. Saiful
Bukhari, 30, merupakan saksi yang berkata benar dan boleh dipercayai.
Ujar beliau, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan penemuan fakta Mahkamah
Tinggi bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu merupakan
saksi yang terbuka dan jujur sepenuhnya.
“Mohd. Saiful Bukhari bukan rakan sejenayah ataupun pihak yang merelakan
dirinya diliwatttt, bahkan merupakan mangsa dalam kejadian tersebut,’’
ujar beliau ketika membacakan ringkasan penghakiman selama kira-kira dua
jam 15 minit.
Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima
tahun setelah mendapati Anwar bersalah meliwatttt mangsa di Unit 11-5-1,
Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pemimpin pembangkang itu
bagaimanapun tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usia.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.
Panel bersidang turut bersetuju dengan dapatan dua mahkamah terdahulu
bahawa wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan
mangsa selaku saksi pendakwa pertama bahawa Anwar telah meliwatnya.
Hakim Arifin selanjutnya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan
bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap
keraguan yang munasabah.
Mahkamah turut menyatakan, Dr. C. Jeyaindran telah memeriksa Anwar tiga
minggu selepas kejadian liwatttt dan ketika itu perayu mengaku mengadakan
hubungan seksssss dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
seminggu selepas kejadian.
Doktor berkenaan menyatakan, Anwar tidak mengadu kepadanya bahawa dia
mengalami sakit belakang ketika beliau menjalankan pemeriksaan perubatan
terhadapnya.
Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa keterangan pembelaan yang
menyatakan Anwar tidak mampu melakukan aktiviti liwattttt, adalah tidak
berasas.
Hakim Arifin juga menyentuh mengenai bukti keterangan saintifik yang
dikemukakan oleh pendakwaan bahawa air maniiiii Anwar dijumpai pada bahagian
bawah dan atas duburrrrr Mohd. Saiful Bukhari.
“Satu-satunya penjelasan logik terhadap penemuan air mani ini adalah
Mohd. Saiful Bukhari semestinya telah diliwattttt oleh Anwar,’’ ujar Ketua
Hakim Negara.
Pada akhir ringkasan penghakiman itu, Hakim Arifin menyatakan,
keterangan bersumpah Ketua Pembangkang itu kurang memberi kesan kepada
pembelaan.
sumber
No comments:
Post a Comment