Pages

Thursday, 5 February 2015

Luahan Hati Johan Isu Kontroversi Zizan Dan Masa Depan Jozan Yang Mesti Anda Tahu...



Menerusi sumber info, Johan berkata lambakan kontroversi panas yang melanda Zizan sebenarnya langsung tidak menjejaskan jenama dan nama kumpulan duo itu.

Jelas Johan, mereka berdua masih bersama sebagai Jozan dan Johan telah hubungannya dengan Zizan bukan sekadar kawan tapi dah seperti adik beradik. Berikut adalah komen Johan mengenai Jozan dan Zizan.

“Dia antara kawan yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Dia sudah besar dan matang dalam hala tuju kehidupannya. Mungkin orang sudah tidak nampak kami bersama di kaca TV disebabkan komitmen lain, tetapi kami masih membuat private show bersama apabila diundang. Dalam setiap persembahan Jozan, kelemahan saya dia tutup dan begitu juga dengannya, boleh dikatakan kami ini melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Jozan. Lagipun saya ada perancangan untuk membuat persembahan kepada peminat-peminat Jozan tidak lama lagi cuma masih dalam mencari masa dan tarikh yang sesuai.”

Hmm.. Itu antara komen Johan. Terharu ammboi baca komen beliau. Hubungan bagai adik beradik. Saling bantu membantu. Saling melengkapi antara satu sama lain. Johan cover Zizan, Zizan cover Johan.

Ya, mungkin ramai sudah lupa peranan mereka berdua dalam Jozan. Sebenarnya mereka sama hebat. Masing-masing mempunyai cara tersendiri ketika buat persembahan. Mungkin kerana tidak serasi dengan Virus, menampakkan kelemahan Zizan.

Selain persembahan khas Jozan, sudah tentu ramai peminat mereka berharap Johan dapat bergandingan semula dengan Zizan dan seterusnya membawa JOZAN kembali ke pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang.


sumber

No comments:

Post a Comment