DULU bila artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah
Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua
Negeri Melaka banyak yang pihak yang mempertikaikannya.
Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada Jackie Chan, apabila
penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.
Alasan yang diberikan Tengku Nan sama dengan alasan yang diberikan
sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan dahulu iaitu sumbangan
selebriti berkenaan yang mengangkat nama negara menerusi medium hiburan
iaitu filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini
sekaligus mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.
Justeru, kami ingin kongsikan alasan lain yang mungkin tak ramai tahu
tapi sedikit sebanyak pasti dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ rakyat
negara ini yang berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada
Jackie Chan.
Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?
Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan
dikatakan telah membuat wasiat untuk menyumbangkan segala hartanya
kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.
Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara
10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah
jutaan Dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.
Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?
Jawapannya ada di print screen bawah…
Ha, nampak tak? Itu pun yang diketahui sebab ada anak yatim yang telah merasa kebaikan Jackie Chan mahu membelanya.
Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media
sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita
ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.
Apa pun, terpulanglah pada masing-masing. Kadangkala harta, pangkat dan
lain-lain ini jadi milik seseorang yang bernasib baik jadi anggap
sajalah gelaran Datuk sudah rezeki Jackie Chan. Bukan boleh dibawa mati
pun… -MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment