Neelofa telah bermimpi bertemu Tok Guru semasa 27 Ramadhan yang lalu.
Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani
warna hijau. Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik
Aziz dan bercakap dengannya. Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa
tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan
terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.
Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.
Pesanan pertama Tok Guru semasa sesi perjumpaan itu ialah:
“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada
sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan
kereta kamu hanyalah pinjaman dari Allah. Semua orang bila melalui
hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah
kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak
benda-benda yang tidak baik kita lakukan.” kata Neelofa.
KLIK DISINI UNTUK MENONTON VIDEO
No comments:
Post a Comment