Pages

Wednesday, 4 February 2015

Ramai Kerabat Raja Dan VVIP Berebutkan Neelofa ? Untunglah..

Pihak Itu Bukannya Orang Biasa – Neelofa

Panas betul Neelofa akhir-akhir ini kan. Memang menjadi buruan dan pilihan para penulis untuk berkarya mengenainya. Mungkin disebabkan raut wajahnya serta kelebihan dari segi kerjayanya yang menjadi tarikan bagi pihak media. Sebelum ini Neelofa pernah dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air yang kacak, Hans Isaac sehingga “Kantoi! Neelofa Shopping Barang Rumah Bersama Hans Isaac“.
Gosip “Cincin Tanda Neelofa Sudah Berpunya Tersebar” turut menjadi perhatian ramai dan ada yang menyangka Neelofa mungkin akan kembali bersama Hans Isaac. Ada juga yang mendakwa bahawa Neelofa bakal dijadikan isteri kepada kaum kerabat. Hmmm mana satu yang betul ek?
Bagaimanapun, “Neelofa Rayu Jangan Ditanya Lagi Soal Cinta“, mungkin tak nak perkara yang masih belum pasti heboh sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. Dalam pada itu, Neelofa enggan mengulas lebih lanjut berkaitan gosip yang mengaitkan dirinya dengan kaum kerabat diraja sebuah negeri sebelum ini.

Pihak Itu Bukannya Orang Biasa - Neelofa
Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. – Neelofa
Menurutnya di Mangga Online:- 
“Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.
“Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.
“Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini,”
Pihak Itu Bukannya Orang Biasa - Neelofa

Haish kalaulah betul Neelofa akan jadi isteri kaum kerabat diraja nampaknya angan-angan “Neelofa Impi Majlis Perkahwinan Di Pulau” bakal menjadi kenyataan. Pape pun kami dan juga para peminat Neelofa akan sentiasa mendoakan agar Neelofa dipertemukan jodoh yang tepat. Tak kisahlah dengan kaum kerabat diraja ke tak, asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dan mampu untuk membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Betul tak?

No comments:

Post a Comment