Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia Yang Ramai TAK TAHU !!! |
Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh
pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna,
syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis
kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.
Disini,
kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak
yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli
kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.
1. Perodua Axia
21.6 Km/L
100KM = RM 8.80
Selain
dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus
menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang
efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini
boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi
manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta
ini bergerak sejauh 20.6 km.
2. Mitsubishi Mirage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Kereta
kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta
popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC,
kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain
dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.
3. Mitsubishi Attrage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Attrage
adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk
penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc,
menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak,
kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless
operation system.
4. Hyundai i10
18.9 Km/L
100KM = RM 10.10
Kereta
keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang
boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.
5. Honda City 2014
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Biarpun
dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai
kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini
boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.
6. Myvi 1.3
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Kereta
yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai
reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan
minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai
enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City,
seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.
7. Peugeot 208
16 Km/L
100KM = RM 11.90
Didatangkan
dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan
kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi
setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki
minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.
8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 Km/L
100KM = RM 12.30
Kereta
keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh
mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan
6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan
RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.
9. Proton Iriz
14.5 Km/L
100KM = RM 13.20
Tergolong
dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang
dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini
menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.
**Kesemua data diambil dari laman rasmi kereta ataupun di website reviu kereta.
SUMBER SIAPKAPKELI.
No comments:
Post a Comment