Pages

Saturday, 23 May 2015

Cerita wanita mengandung '9 bulan' ini wajar buka mata setiap suami



Artikel ini dikongsikan oleh Puan Shiela Amir. Semoga menjadi iktibar dan memberi kesedaran kepada para suami di luar sana. Baca lagi:

Orang perempuan ni kuat. Bab mengandung, dari mula mengandung, macam2 kena go thru. Morning sickness, sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki cramped tengah malam, nak bangun dari katil susah, nak berjalan tak larat badan berat dah mcm badak. Itu belum yang kena sembelit & buasir.

9 bulan bawa kandungan. Lepas tu bab bersalin, berjam-jam tahan sakit contraction. Ada yang berhari-hari. Sakitnya Allah je yang tau.

Belum campur sakit kena seluk nak cek jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit. Even ada yang end up kena czer. Bila dah settle, bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu, tak boleh makan ni.

Jalan kena slow2 sebab sakit. Lagi2 kalau yang kena jahit tu. Tak kisah la jahit czer ke jahit bawah. Dua2 pun sakit. Lepas tu nak kena kuruskan badan balik, nak hilangkn stretch marks yang degil tu, nak kempiskan "poket kangaroo" lagi & the list goes on.

Jadi 9 bulan plus 100 hari pantang, seorang wanita bekorban lebih kurang 1 tahun untuk melahirkan seorang anak yang kemudian berbin/berbintikan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai & memuliakan isteri masing2. Don't take them for granted. Percayalah, segagah mana pun lelaki, dia tak mampu nak mengandung & menahan sakit bersalin yang mampu ditanggung oleh selembik-lembik seorang wanita. Ada sebab kenapa Allah pilih wanita yang melahirkan zuriat & keturunan anda ❤

Friday, 22 May 2015

Jangan Baca Apa Yang Terjadi Di Nepal Kalau Anda Seorang Yang Tidak Percaya Dengan Agama!!

Jangan Baca Apa Yang Terjadi Di Nepal Kalau Anda Seprang Yang Tidak Percaya Dengan Agama!!|

Jangan Baca Apa Yang Terjadi Di Nepal Kalau Anda Seprang Yang Tidak Percaya Dengan Agama!!

Manusia tidak mampu meramal sesuatu yang akan berlaku begitu juga hari kiamat yang pasti akan tiba. Kejadian gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini telah mengorbankan banyak nyawa dan banyak harta benda yang musnah. Gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lalu telah mengorbankan lebih 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari negara luar. Menurut rekod ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal. Sedangkan kejadian yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada seluruh penduduk di muka bumi ini supaya tidak lalai dengan hiburan dunia.
Kita boleh lihat hampir tanda-tanda kiamat kecil telah berlaku pada dunia hari ini. Malah pelbagai bencana alam yang telah menimpa Malaysia khususnya iaitu banjir besar 2014 merupakan tanda Allah menguji kesabaran dan ketaqwaan umat manusia kepadaNya. Jadi haruskah kita kembali leka dengan dunia yang hanya bersifat sementara? Detik ini merupakan pilihan terbaik untuk kita semua tunduk kepada Allah Yang Maha Besar. Ya Allah, takutnya. :'(
Tanda-tanda kiamat yang telah banyak muncul!
Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Tanda-tanda kiamat besar:
1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2) Lahirnya Dajjal.
3) Keluar asap tebal.
4) Turunnya Nabi Isa a.s.
5) Kemunculan Imam Mahdi.
6) Matahari terbit dari ufuk barat.
7) Keluarnya suku Ya’juj dan Ma’juj.
8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9) Runtuhnya Ka’abah.
10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11) Ada azan tak di jawab
12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
*bertaubatlah selagi waktu masih ada..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..
“Ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosa ku dan selamatkanlah semua kaum muslimin di muka bumi ini”

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

gambar hiasan



Soalan:

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.


Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:



Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.” 

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.

Serius Cantik!! 5 Foto Zaman Remaja Datin Rosmah Mansor

Tak kenal maka tak cinta.Jom kenali Datin Seri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia Ke 6 Najib Razak.
Datin Seri Rosmah di lahirkan pada tahun 1951 di Kuala Pilah.Beliau merupakan isteri kedua Perdana Menteri.Ibunya berasal dari Mertang Kuala Pilah.
Hasil perkahwinan dengan Najid beliau mendapat dua orang anak Norashman dan Nooryana Narjawa.