Pages

Monday, 25 May 2015

Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk
KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN. Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah. Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah.

Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.

Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni siap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.

Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.

Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelihat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate “Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2″. Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.

Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.

Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu “Adik orang mana? Asal kelate ke? “. Dorang jawab “Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?”

Abe jawab “takdop gapo2, Abe cuma banggo je. Tak sangko”.

Dorang senyum je dan jawab “THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate”

Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don’t Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka buruk sebelum mengenali seseorang itu.

6 Jenis wanita yang tidak patut dikahwini dan dijadikan isteri

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki:

“Jangan kamu kahwini wanita yang ada enam sifat ini, yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Berikut adalah 6 jenis wanita yang tidak patut dikahwini:

1. Wanita Ananah

Wanita yang banyak mengomen. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangga semuanya tidak kena dan sentiasa tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah

Wanita yang menidakkan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga.

3. Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwini sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan dia berangan-angan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah

Melemparkan pandangan matanya pada sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang atau sesuatu dengan memaksa suaminya untuk membeli. Wanita yang suka ikut nafsunya. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain.

5. Wanita Basaqah

Wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wanita sebegini suka dipuji-puji. Kalau dia menjadi isteri orang yang ternama dialah yang yang menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Wanita yang marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali bersendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah

Wanita yang suka bercakap banyak menyebabkan segala kerja yang dilakukan tidak menjadi.
Sumber : Blogammar

Sunday, 24 May 2015

Kisah Syukur Seorang Pakcik Yang Sudah Berkahwin 40 Tahun Tetapi Tiada Anak


Gambar hiasan, Sumber: Noorizam Sabran
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.

Doktor Tertinggal Telefon Bimbit Dalam Perut Pesakit Selepas Dibedah

Doktor Tertinggal Telefon Bimbit Dalam Perut Pesakit Selepas Dibedah
Gambar Hiasan
Jordan – Seorang pakar sakit puan sebuah hospital swasta di sini dilaporkan tertinggal telefon bimbitnya dalam perut seorang pesakit ketika melakukan pembedahan, April lalu.
Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke hospital berkenaan 24 April lalu, lapor akhbar Jordan, semalam.

Ketika menjalankan prosedur pembedahan ke atas wanita itu, doktor berkenaan dikatakan tersalah letak telefon bimbitnya di dalam perut Hanan.
Ibu Hanan, Majeda Abdul Hamid memberitahu media, selepas Hanan melahirkan bayi lelaki seberat 4.8 kilogram anaknya dibenarkan keluar hospital.
“Sejak itu, keluarga kami menyedari perut Hanan kerap bergegar perlahan.
“Anak saya menghadapi kesakitan amat sangat dan tidak dapat bergerak. Saya membawanya ke hospital. Selepas melakukan X-ray, doktor mendapati ada objek di dalam perutnya.
“Doktor pakar kemudian melakukan pembedahan dan mengeluarkan telefon bimbit itu,” katanya.
Kejadian itu menimbulkan perdebatan dalam Parlimen Jordan apabila seorang anggotanya Salim Al Bataynah mendesak kerajaan negara itu bertanggungjawab.
Kementerian Kesihatan Jordan sedang menyiasat laporan itu, tetapi jurucakapnya, Hatem Al Azrae mengatakan cerita disampaikan adalah tidak berasas dan satu pembohongan.