Mereka telah dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dengan berwalikan bapa kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.
Di dalam majlis tersebut, Lana telah menerima mas kahwin sebanyak USD10000 atau RM32,000. Manakala wang hantarannya pula dirahsiakan.
Klik gambar untuk size besar
Pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli keluarga dan tetamu yang terdekat.
Tahniah kami ucapkan!

No comments:
Post a Comment