Alhamdulillah akhirnya impian anak mangsa kemalangan di lebuhraya Duke
bertemu dengan artis ternama tanah air Dato’ Siti Nurhaliza tercapai
jua. Dato’ Siti bersama suaminya, Datuk K, menemui Nur Firuza Amira
Fairuz Nizam, 7, ketika menziarahi keluarga mangsa nahas Lebuh Raya DUKE
di Taman Batu Muda tengahari tadi. Sebelum ini Dato’ Siti Nurhaliza
pernah membuat pos di laman Instagramnya mengenai ada segelintir blogger
yang cuba menarik perhatian berhubung kenyataan ingin mengambil anak
mangsa kemalangan sebagai anak angkat walaupun ianya tidak dinyatakan
oleh dirinya sendiri.
Apapun dengan kehadiran Dato’ Siti dan Suami sememangnya
dinanti-nantikan oleh anak mangsa kemalangan. Menerusi kapsyen yang
dipetik dari laman Instagramnya,
In shaa Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana& Maha Mengetahui.. by @rozisangdewi “Blogger2 tersayang, adakala kami bimbang dgn tajuk2 berita, cerita2 rekaan meski hanya pada tajuknya, pengisian yang tak tahu betul salahnya dan akhir sekali, pihak Dato’ Siti sendiri dihujani pertanyaan. Saya dah selalu beritahu hal ini, mungkin skrg sudah ramai pembaca blog yg cerdik- tidak hanya membaca tajuk atau tak mempercayai rumours. Dato’ Siti sendiri ada instagram beliau sendiri, jika ada yg hendak dikhabarkan tentulah ada sahihnya dari pihak beliau. Hormati situasi, keadaan, keluarga, orang lain, pekalah saudara saudari. Sensasi tak bawa kita ke mana2, apatah nanti andainya tidak benar. Utk berbuat baik byk caranya.. InshaAllah.@ctdk” via @PhotoRepost_app
Sumber: http://gosipmalaysia.com/2015/05/impian-anak-mangsa-kemalangan-di-duke-berjumpa-dato-siti-nurhaliza-tercapai/
No comments:
Post a Comment