Janganlah Selfie Sampai Bebal!!|
Janganlah Selfie Sampai Bebal
Kuala Lumpur :- Neelofa,
bekas Pemenang Dewi Remaja ada menerangkan bahawa, kegunaan laman
sosial dan segala apa teknologi yang kini pesat menular dalam kalangan
remaja boleh memberikan manfaat dan sebaliknya. Kita sebagai remaja yang
terdedah dengan kepantasan teknologi dan inovasi perkembangan arus
semasa, janganlah terleka dengan alam maya sehingga tidak cakna akan
masalah dan perkembangan semasa.
Neelofa mengulas lagi dalam laman
berita harian, haruslah kita sebagai manusia pandai mengimbangi masa dan
jangan lah sampai terlupa dunia adalah sementara. Nak ber'selfie'
boleh, tapi janganlah sampai ketagih dan obses kepada perkara-perkara
sebegini.
Haruslah menggunakan dengan sebaiknya, dan menjadikan teknologi terkini
untuk menambahkan ilmu di dada. Ingatlah, kalau tiada ilmu didada,
manakan orang hormat kita. Cantik sahaja tidak berguna, kerana
kecantikan ini juga bersifat sementara, lama kelamaan akan pudar ditelan
usia. Sampai bila kita akan kekal cantik?
Admin Comel juga ingin menambah, janganlah kita terlupa, disebalik kulit
yang bergetah ini terselindung tengkorak yang sebenarnya adalah diri
kita. Jangan lah Bebal Sangat Dengan benda-benda yang tidak membawa
manfaat ini, dan gunakan lah dengan sebaiknya untuk ditukarkan menjadi
perkara yang bermanfaat!!!
No comments:
Post a Comment