Akhirnya segala teka-teki terjawab sudah apabila Zizan Razak mengumumkan
yang dia bakal menikahi Gadis sekampung pada bulan Jun ini. Apa yang
menarik, gadis tersebut baru dikenalinya dua bulan sahaja.
Dengan pengumuman itu, maka kisah cintanya dengan Emma Maembong boleh
dikatakan kini 'tutup buku'. Tak ada jodoh... apa nak buat ya tak?
"Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala
Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia
dulu.
"Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya
berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada
kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan
fitnah yang bukan-bukan.
"Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik
pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu," ujar Zizan yang turut
dikaitkan dengan dakwaan pelawak kasanova baru-baru ini.
Difahamkan, Zizan akan pulang ke kampung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang tidak lama lagi.
"Bakal isteri saya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk
kelhatan cantik. Dia menghormati kedua ibu bapa saya membuatkan hati
saya yang sedang terluka tertambat terus," tambahnya dengan nada
berseloroh.
Cayalah Zizan! Heh.
Sumber: BPop
No comments:
Post a Comment