Ada seorang kawan ini
seorang salesman kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di Area
Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ni
seorang salesman kereta sahaja..
Satu malam, mereka
bercadang untuk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak
perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah
membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan
dengan mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik
ke rumah.
Bila mendengar berita
ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga
pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian,
mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan
itu sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi
membeli Kentucky kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan
perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan.
Kejadian ini amatlah
menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi
perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu
perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk
membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau
tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan
tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah
perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua
meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi,
ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, perempuan
itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan
diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan
yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat
dia basuh pun, darah tetap ada...
Malam keempat, dia
mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh
darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bila
bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain
tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...
Keesokan harinya,
perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk
bertalu-talu dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun
pengsan..
Setelah terbangun dari
pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" Ni lah Sabun
Basuh Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni
adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai.....
Msty tekun kan korang bacakan ?
jangan marah ..ye..seyum.. wakawakawakaaaaa..
sumber - gplus
No comments:
Post a Comment