Pelakon Liyana Jasmay
mengakui lebih selesa dan seronok menjalankan perniagaan biarpun secara
kecil-kecilan. Liyana yang kini giat melebarkan sayapnya dalam dunia
perniagaan khusus dalam fesyen –ready-to-wear menerusi label miliknya,
Mermaid Luxe.
Menurut wanita berusia 27 tahun ini, biar kecil
keuntungan yang diterima, tetapi dia tidak menipu orang awam untuk
menjadi cepat kaya.
“Melihat kepada situasi sekarang, ia merupakan
pengalaman yang mengujakan bila dapat bersama mereka yang lain berniaga
bersama-sama dan ia merupakan perkembangan yang positif.
“Saya lebih rela
berniaga kecil-kecil biarpun jual air kotak daripada menipu orang dengan
peniagaan multi-level marketing,” ujar Liyana.
Tambah Liyana lagi, dia kini sedang menyusun strategi
pemasaran dan memastikan pembeli dapat melihat sendiri apa yang
ditawarkan label ini selain menjualnya di online shopping.
“Saya merasakan untuk membuatkan orang ramai percaya
dengan produk yang ingin saya jual, sekurang-kurangnya saya harus
tampilkan ia dimana-mana platform yang ada seperti bazaar dan
sebagainya.
“Selepas ada yang
tengok dan lihat sendiri apa yang Mermaid Luxe tawarkan, mereka boleh
membeli terus atau di dalam online shopping serta Instagram.
“Alhamdulillah banyak
yang saya belajar apabila menjual barangan di Instagram dan bazar
kerana dari situ kita dapat melakukan kajian pasaran serta memperbaiki
produk ditawarkan agar memenuhi kehendak pelanggan," jelasnya lagi.
Sumber: Portal Murai
No comments:
Post a Comment