Assalamualaikum,
disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru.
Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb
2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama
suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’.
Impian saya tidak kesampaian.
Suami bekerja
sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala
lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab
menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia
bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya
sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin
luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang
mengandung.
Setiap hari
masa saya bersama suami sangat terbatas hanya pada hari sabtu ahad
sahaja kami dapat luang masa bersama namun apabila saya terpaksa
bertugas ke borneo menyebabkan keadaan berubah. Saya berusaha cari jalan
untuk berpindah ke semenanjung tetapi usaha tidak berhasil,saya tetap
bertugas di borneo. sikap suami kadang kala memberi tekanan kepada saya
apabila kami bertengkar, punca pertengkaran kami kebanyakan disebabkan
ibu mertua saya.
Saya merayu
kepada suami agar jangan dipanjangkan pertengkaran ini terutama dalam
keadaan saya mengandung, ianya memberi tekanan hebat kepada saya. Pernah
suatu ketika saya mengalami kemurungan disebabkan tekanan berjauhan
malah kami bergaduh hal yang berpunca kerana ibu mertua, sehingga suami
tidak mahu menjawab panggilan dan sms dari saya. Saya terpaksa meminta
bantuan dari bapa, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.
Selepas itu,
terjadi juga pertengkaran sehingga suami dengan mudah mengugut kata
cerai dan berpisah, berulang kali saya berpesan pada suami agar tidak
berkata seperti itu serta berbincang dengan baik, namun suami tidak
mendengar kata. Sehingga usia kandungan saya 8 bulan suami bertindak
menceraikan saya atas alasan yang sangat tidak munasabah.
Penceraian yang
berlaku memakan diri suami kerana sikapnya yang suka mengugut dengan
gunakan perkataan tersebut agar saya tunduk serta patuh padanya. Malah
campur tangan ibu mertua yang melaga-lagakan hubungan kami mengeruhkan
keadaan selepas ayah mertua meninggal dunia.
Apa yang
terjadi pada saya bukan saya ingin salahkan KPM seratus peratus tetapi
sedikit sebanyak kesan berjauhan memberi impak negetif pada alam rumah
tangga saya. Kini impian saya untuk tinggal berasingan dengan suami
tidak kesampaian serta anak saya tidak dapat kasih sayang sepenuhnya
dari ayah sendiri.
Saya meminta
pihak kementerian perihatin terhadap kami yang sudah berkeluarga. Saya
sebagai ibu tunggal memohon pihak kementerian tidak abaikan kami, saya
tidak mahu menanggung risiko membawa bayi ke borneo atas faktor
keselamatan dan perjalanan yang sangat jauh. Saya benar-benar berharap
dapat pindah,sekurangnya ada keluarga yang dapat membantu serta
sepenuhnya dapat fully breastfeeding ank ini. Kalau pihak pertukaran
membantu saya sgt hargai..sekarang saya tengah usaha untuk berpindah.sumber
No comments:
Post a Comment