Apa jenis tandas yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman
perumahan biasanya ada dua jenis tandas. Satu jenis bertinggung secara
tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi
jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.
Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak
bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan
melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup
mengasyikkan.
Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang
nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan
selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau
tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi
tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia
menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang
barat.
Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali
kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja tandas jenis
duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya
adalah lihat rajah yang dilampirkan.
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan
dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan
tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering
diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus
yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada
suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus
dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka
berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama,
kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas
menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh
lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara
berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment