Sedar tak sedar anak pasangan paling sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana kini sudah berusia dua bulan.
Seperti kebanyakkan artis lain, mereka juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis cukur jambul dan kesyukuran secara gilang gemilang bagi anak sulung ini.
Selepas melihat 7 keping gambar sekitar majlis Aqiqah itu, kami akui memang amat mewah dan mengujakan. Memang puas hati dapat buat majlis semewah macam ni.
Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua bulan adalah cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup Zain dan Rozita yang diijabkabulkan pada 11 Disember 2013.
Dilahirkan 1 November lalu, bayi ini juga adalah cahaya mata ketiga Rozita. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon Kiah Pekasam itu mempunyai dua anak lelaki.
Zain berkata, mereka sangat bersyukur dengan kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pengikat kasih mereka.
"Kehadiran Aaisyah dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Aaisyah lambang cinta kami.
"Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur ke hadrat Tuhan," katanya.
Majlis aqiqah dan kesyukuran Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung dalam suasana meriah itu diraikan keluarga kedua-dua belah pihak Zain dan Rozita.
Antara artis yang hadir Ziana Zain, Dafi, Sabhi Sadhi, Ryzal Jaafar danFazli Zainal - Harian Metro.
No comments:
Post a Comment