Harus diambil kira faktor-faktor bandar yang berada pada kedudukan
yang tinggi itu mungkin disebabkan mereka kekurangan pusat hiburan
ataupun maksiat.
PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai
Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat por no
grafi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.
Statistik
oleh Po rn hub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu
menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada
untuk mencari atau melihat visual.
Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.
Ini
diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan
penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.
Ini
adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Po rn hub secara global
bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa
yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.
Empat
bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Po rn hub lebih tinggi
berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang
tertinggi di Asean.
Filipina (14: 22) mendahului
senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling
tinggi (atau paling lama) di dunia
Malaysia diikuti
oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9:
45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8:
07).
Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Po rn hub
Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh
masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari
video yang betul.
"Kadang-kadang, proses pemilihan
boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah
pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya. - mStar Online
View the original article here
No comments:
Post a Comment