Pages

Showing posts with label Zaharie. Show all posts
Showing posts with label Zaharie. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

"KAU TAKKAN JUMPA KUBUR ATAU PUSARAKU" - GURAUAN TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE



"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku", itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza. 

Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.


“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370', Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

View the original article here

Friday, 21 March 2014

Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370

type='html'>

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."


Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."


Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

Sumber: plbgaimacam


View the original article here

Thursday, 20 March 2014

PDRM Rampas Simulator Penerbangan Milik Kapten Zaharie

type='html'>

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka telah merampas sebuah simulator dari rumah juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang, semalam.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekumpulan pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman telah merampas simulator tersebut sewaktu memeriksa rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, Selangor.
“Simulator itu kini berada dalam tangan kami dan sedang dipasang kembali untuk disiasat oleh pakar kami,” kata Khalid dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.
Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas. -utusan

View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

MH370 – 5 Landasan dalam simulator Kapten Zaharie

type='html'>Perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu ditemui pasukan penyiasat.



Walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie, kata sumber kepada Berita Harian.





“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter,” lapor BH.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Gambar Banglo Kediaman Zaharie Ahmad Shah Kapten MH370

type='html'>Gambar banglo rumah kediaman Zaharie Ahmad Shah kapten pesawat MH370. Untuk info, Kapten Zaharie dan keluarga memiliki sebuah rumah di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Berikut adalah beberapa keping foto sekitar kawasan kediaman mewah Kapten MH370.



Lokasi Kediaman Kapten MH370

Rumah Kapten Zaharie terletak di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Kediaman ini juga merupakan tempat kediaman elit khusus untuk orang dalam golongan berada. Harga sebuah rumah banglo di Laman Seri ini dianggarkan mencecah RM1 Juta sehingga RM3 Juta. Antara lokasi strategik kediaman ini adalah berdekatan dengan Laman Seri Bussiness Park, Kolej PTPL Shah Alam, Stadium Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam.









Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here