TAOTAUAJER - Subhanallah, Inilah
satu kejadian yang jarang sekali berlaku dan jarang sekali kita
diperlihatkan apabila Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi
(Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping
selepas Asar di percaya bercahaya sewaktu hendak di kebumikan.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada
20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak
ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang
anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran
berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit
Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu
dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial
dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang
kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian
terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah
berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis
dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian
seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika
dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan
mengenai kejadian itu.