Pages

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Saturday, 19 April 2014

Bapa Terkejut periksa GAJET anak

Kuala Lumpur: “Daniel baru berusia lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi di YouTube, memuat turun aplikasi lucah dan sebagainya.
“Saya tak tahu dari mana dia belajar,” kata Azri Kamal, 34, antara ribuan ibu bapa di negara ini yang khuatir kebanjiran aplikasi lucah dalam laman web boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah sejak kecil.

Ini berikutan majoriti ibu bapa berusia lingkungan 20-an hingga 50-an memiliki telefon pintar yang memiliki akses Internet, sekali gus memudahkan anak kecil mengakses bahan lucah jika tiada pemantauan ibu bapa.

Selain itu, kebanyakan kanak-kanak di peringkat usia lima tahun didedahkan kepala penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet oleh ibu bapa dengan tujuan membuatkan mereka ‘senyap’ selain mengelak berkelakuan nakal.

Menurut Azri, anak sulungnya cekap mengendalikan gajet seperti iPhone, iPad dan komputer kerana sejak kecil lagi dibiasakan dengan barangan terbabit.

“Mungkin disebabkan saya dan isteri terlalu memanjakannya dengan membeli gajet sebagai ‘permainan’ untuknya, dia bersifat agresif dan ingin tahu pelbagai perkara, termasuk yang negatif.
FotoKANAK-kanak melayari laman lucah menerusi aplikasi dalam gajet mereka.
“Saya tak sangka dia boleh memuat naik aplikasi lucah seperti koleksi gambar gadis berbikini dan menonton tarian mengghairahkan di YouTube.

“Saya tak tahu di mana dia belajar benda ini. Saya terkejut melihat gambar tidak senonoh disimpan di dalam iPad miliknya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Menurut Azri, tidak mungkin anaknya belajar mengenai perkara itu di sekolah, lebih-lebih lagi dia baru memasuki tahun dua sebuah sekolah rendah di ibu kota.

“Nak kata terpengaruh dengan rakan, mustahil juga. Lagipun, semua di dalam kelasnya sama usia dengannya. Takkan baru darjah dua sudah pandai melihat bahan lucah seperti ini? “Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi sekarang bukan lagi mainan saya sebagai orang dewasa. Tidak sangka anak kecil berusia lapan tahun lebih bijak dalam hal ini. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan merosakkan fikirannya.

“Syukur, saya dapat tahu mengenai perkara itu dan kini saya dan isteri mengawal penggunaan gajet terbabit. Saya tidak boleh salahkan anak yang tak tahu apa- apa. Kita sebagai ibu bapa yang patut dipersalahkan,” katanya.

Menurut Azri, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tindak-tanduk anak mereka lebih-lebih lagi berkenaan gajet dan Internet.

“Sekarang segala-galanya di hujung jari. Budak-budak akan lebih cepat mempelajari perkara ini berbanding orang dewasa. Saranan saya kepada ibu bapa, lebih baik bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih keruh.

“Ia sudah terjadi kepada keluarga saya dan saya menyesal kerana terlalu memanjakan anak dengan pelbagai gajet. Walaupun dari satu sudut kecanggihan teknologi ini ada baiknya, ia tetap perlu dikawal ibu bapa,” katanya.

Pemantauan wartawan Metro Ahad mendapati aplikasi mudah dimuat turun menerusi ‘gedung’ perisian aplikasi berselindung di sebalik konsep jaringan sosial dan permainan, sedangkan ia sebenarnya bertujuan mempromosi kegiatan lucah atau berkaitan seks.

Cerita Seks Melayu, Rahsia Seks, Cerita Panas Melayu, Suara Seks dan Audio Sex Chat antara yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar yang mendapat muat turun tinggi.

sumber

Thursday, 17 April 2014

AMBIL PERHATIAN!! Jauhi pokok ini dari anak dan keluarga anda

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.



Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

sumber 

Monday, 14 April 2014

99% LELAKI LEBIH SAYANGKAN ANAK DARI ISTERI

Sebelum berkahwin, bakal isteri akan dimanjakan bagaikan puteri, intan, belian, delima. Tetapi selepas kahwin dan punyai anak? Adakah kasih sayang yang diberikan secara berlebihan itu masih ada? Jom kita baca 5 pendedahan sikap suami selepas kahwin di bawah:


1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada kepada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh akan segera dibetulkan, tapi seluar isteri yang sudah betul, cepat2 dilondehkan.


Gambar hiasan

2) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri. Kerana kanak-kanak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Pengapit Daging".


3) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruh buka baju.


4) 99% lelaki yang beristeri lebih perhatian pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk boleh berdiri. Cuba kalau isteri, sudah benar-benar berdiri disuruh menonggeng.


5) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, kanak-kanak sedang asyik bermain disuruh tidur. Kalau isteri yang sudah tidur, diajak bermain.

Sunday, 6 April 2014

ANAK DURJANA - TIKAM LEHER IBU HINGGA MATI KERANA GAGAL BELI TELEFON PINTAR !!!

SUSPEK ..... baru berusia 18 tahun tergamak tikam ibu sendiri....

MIRI 5 April :

Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.


Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah.

Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.

Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.

“Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.

sumber