Pages

Wednesday, 3 September 2014

Video: Berang Dengan Bank Wanita China Siram Mesin ATM Dengan Air Kencing


urine

Seorang wanita China yang merasa berang dengan pengurusan sebuah bank di Zhejiang, China telah bertindak untuk menyemburkan air kencing pada mesin ATM.

Wen yang melakukan perbuatan itu pada jam 4.20 pagi telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup(CCTV) bank tersebut.

Wen telah ditahan ole pihak polis selepas kejadian tersebut dilaporkan oleh pihak bank.

Kejadian tersebut berlaku apabila pihak menolak untuk memproses transaksi pemidahan wang olehnya.
View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Pendedahan Sebenar Identiti Gadis Yang Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Ini Terbongkar!



Pendedahan Sebenar Identiti Gadis Yang Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Ini Terbongkar! - Sebelum ini penulis ada menulis entry pasal gadis yang alirkan darah haid diatas kalimah Allah di sini.

Bagaimanapun, penulis akui bahawa gambar wanita yang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut adalah orang lain iaitu berlaku di San Paolo dan bukannya di Mesir.

Maklumat yang kami diperolehi menerusi sebuah website dan laman sosial adalah palsu dan tidak benar.

Gadis yang menghina Kalimah Allah masih hidup dan setakat ini belum ada maklumat terbaru yang diterima mengenainya.

Kami memohon maaf diatas kesilapan tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak tepat. Kami akan berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan blog ini di masa akan datang -

Wanita Singapura Di Tangkap Khalwat Sanggup Mengaku Bukan Islam



Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka, semalam.


Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.

Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.

“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.

“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.

Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.
Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam. – via MyNewsHub

View the original article here

Nurul, Gadis Malang, Handphone Hilang Gambar Per-ibadi Tersebar



Ramai yang menyalah gunakan telefon bimbit, sehinggakan ada insiden yang memakan diri sendiri, berikut adalah sebuah kisah tentang seorang gadis yang bernama Nurul.

Butir dirinya tidak perlulah kami dedahkan.

Kononya Nurul hanya menyimpan gambar peribadi miliknya di telefon bimbitnya, malang bagi gadis ini gambar tersebut telah tersebar dengan luas dan menjadi tatapan umum.

Apakah motif gadis ini menyimpan gambar sedemikian? untuk kekasih? diri sendiri? ataupun sekadar untuk suka-suka?

Walau apapun kita jadikan pengajaran daripada insiden ini dan berhati-hati jika mengambil gambar peribadi, terutamanya kepada para gadis di luar sana.