Pages

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Wanita Singapura Di Tangkap Khalwat Sanggup Mengaku Bukan Islam



Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka, semalam.


Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.

Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.

“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.

“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.

Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.
Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam. – via MyNewsHub

View the original article here

Tuesday, 8 July 2014

Dapat Nama Islam Melalui Mimpi - Felixia Yeap




“Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.





Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.





“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.





“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.





Beliau bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.





Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.










“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.





Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.





“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.





“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.





Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.





“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.





“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.


Via-Mymetro

View the original article here

Monday, 7 July 2014

Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Tahun Depan


PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

“Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga,” kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

“Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam,” katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.

Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.

“Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka,” katanya. – mStar Online

Sumber


View the original article here


View the original article here

Thursday, 3 July 2014

Rahsia Felixia Yeap Peluk Islam Pada 5 Ramadhan 1435Hijrah

Alhamdulillah,bulan ramadhan tahun ini kita mendapat saudara baru dalam Islam. Siapa lagi kalau tidak Felixia Yap yang merupakan model dahulunye kini mendapat hidayah. Jom ikuti laporan mengapa beliau masuk Islam pada tarikh 5 Ramadhan.









Felixia Yeap yang kini model pakaian muslimah mengumumkan akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam.





Felixia juga mendedahkan punca kenapa pilih tarikh 5 Ramadan. Menurut Felixia, ia kerana hari berkenaan jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya. Katanya lagi, hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW.













“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis). Saya pilih 5 Ramadan kerana 3 Julai ini ialah hari jadi saya. Hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW,” katanya.





Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa. Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.





“Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah,” katanya.





Via-HarianBlogger

View the original article here

Friday, 27 June 2014

Esther Yeam Nafi Hina Islam Di Facebook





Nampaknya status yang mendakwa Esther Yeam menghina bulan Ramadhan adalah tidak benar sama sekali. Status “screenshot’ yang mengunakan nama dan gambar Esther Yeam dipercayai telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk tujuan menfitnah mangsa. Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut selepas menerima mesej berbaur ugutan. Terdahulu, facebook akaun Esther Yeam telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mulut orang berpuasa adalah berbau dan menggangu orang sekitar.





Laporan polis yang dibuat:





Sumber

View the original article here

Thursday, 26 June 2014

Pemuda Brazil Memeluk Islam Semasa Piala Dunia 2014

Takbir, Allahuakbar! Kesungguhan Islamic Education & Research Academy menyampaikan kempen dakwah semasa Piala Dunia 2014 di Brazil berlangsung menampakkan hasil positif apabila pemuda bernama Analdino tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk memeluk Islam.

Analdino

Jom saksikan Analdino ucap 2 kalimah syahadah:



Ikuti kisah beliau:
Analdino menerima Islam di Brazil dengan pasukan kami di Piala Dunia.

Analdino berjumpa dengan kami di San Bento, beliau telah melawat Masjid sebelum di bandar lain dipanggil Brasilia dan dia mendapati ia tempat yang sangat spiritual, selepas perbualan ringkas dan kami memberikan kepadanya al-Quran untuk dibaca. Beliau mengambil Al-Quran dan mencium ia twice.Then kita mengucapkan selamat tinggal dan berpisah. Selepas sedikit manakala kita berubah lokasi dakwah dan pergi ke kawasan lain. Di sana kami bertemu beliau sekali lagi dan kali ini selepas perbualan ringkas beliau mengambil syahadat dengan John Fontain. Dia begitu gembira untuk datang ke dalam lipatan Islam dan beliau berkata umat Islam adalah yang terbaik dan dia memberikan mesej khas kepada Brazil lain tentang Islam.

Artikel Asal:


Analdino accepts Islam in Brazil with our team at the World Cup.

Analdino met us in San Bento, he had visited the a Mosque before in another city called Brasilia and he found it a very spiritual place, after a brief conversation and we gave him the Quran to read. He took the Quran and kissed it twice.Then we said goodbye and parted. After a little while we changed the location of dawah and went to another area. There we met him again and this time after a brief conversation he took shahada with John Fontain. He was so happy to come into the fold of Islam and he said Muslims are the best and he gave a special message to other Brazilians about Islam.

sumber: www.iera.org

View the original article here

VIDEO: PELAKON POPULAR FILEM TAMIL TINGGALKAN AGAMA HINDU UNTUK PELUK ISLAM






MONICA dulu dan sekarang
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.







Monica memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
Seperti dilaporkan portal muslimmirror, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, ” kata beliau.






Monica kelihatan anggun mengenakan tudung dan menutup aurat
Menurut media India, Monica itu telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.






“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang"
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Oleh: Namialus_2020
Sumber: muslimmirror.com
Video: Youtube  

View the original article here

Wednesday, 25 June 2014

KETAHUI 30 0RANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah   RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti                Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin     Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas         RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az- Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi  Tholib     RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Kha lifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

    
Sumber / Biografi Muhammad Bin Abdullah ( Perjalanan Hidup Seorang Nabi)



View the original article here

Tuesday, 24 June 2014

PENEMUAN ISLAM YANG MENGEMPARKAN DUNIA

KEHIDUPAN moden tidak terlepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1,000 tahun warisan muslim yang dilupakan.

Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans hingga kepada Yunani, kata Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Ketika ini Penemuan 1001 sedang pameran di Muzium Sains London. Hassani mengharapkan pameran tersebut akan mengimbas kembali sumbangan peradaban bukan barat, seperti kerajaan Islam yang suatu ketika dulu pernah menutupi Sepanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China. Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah






 Al-Zahrawi

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al-Zahrawi menerbitkan 1,500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Di antaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.

2. Kopi
Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudiannya kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi pada abad ke-16 ketika kacang mula direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang






Abbas ibn Firnas

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka bentuk sebuah peranti sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Reka bentuk yang dibuatnya oleh Abbas menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti






Fatima al-Firhi


Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maghribi. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersama menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1,200 tahun kemudian. Profesor Salim al-Hassani berharap orang akan ingat ilmu itu adalah teras utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan memberi inspirasi kepada wanita muslim.

5. Algebra






 Al-Khawarizmi

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 Kitab al-Jabr Wal-Mugabala yang diterjemahkan ke dalam buku The Book of Reasoning and Balancing. Membina akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem penyatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik lain Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik






 Ibn al-Haitham

Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia muslim, kata Hassani. Di antara tahun 1,000 masihi Ibn al-Haitham membuktikan manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Fizik hebat muslim lain juga mendapati fenomena pengukuran kamera dijelaskan bagaimana mata gambar dapat dilihat dengan sambungan antara optik dan otak.

7. Muzik
Pemuzik muslim mempunyai kesan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, biola. Skala not muzik moden juga dikatakan berasal dari abjad Arab.

8. Berus Gigi






POKOK SIWAK (BERUS GIGI PERTAMA DI DUNIA)

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Engkol






 Al-Jazari

Banyak dasar sistem automotif moden pertama kali berasal dari dunia muslim. Dengan menukar gerakan putaran dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemui oleh Al-Jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

-DETIKISLAM-



View the original article here

Thursday, 3 April 2014

MASYA'ALLAH : Banduan Wanita Islam Dipenjara Bersama Beribu Banduan Lelaki Di Afghanistan (3 Gambar)

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.




Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.


Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya


sumber 

Wednesday, 2 April 2014

Filem Melayu Juga Menghina Islam Seperti Filem Hollywood. Benarkah?


Lambakan filem-filem tempatan yang kurang kualiti di pasaran sudah lama menjadi isu tetapi masih ramai tidak menghiraukan perihal isu-isu keagamaan yang dipandang sebelah mata sahaja oleh penggiat seni hiburan tanah air. Ikuti kupasan menarik yang dikongsikan portal akhbar Utusan Online mengenai Filem Melayu juga Menghina Islam seperti Filem Hollywood. Benarkah begitu? Jom baca selanjutnya:
DUNIA filem antarabangsa sekali lagi gempar apabila sebuah filem baru, Noah diterbitkan pada tahun ini. Filem yang mula ditayangkan pada 28 Mac lalu ini dikatakan telah mencemarkan beberapa agama termasuk Islam.
Filem ini tentang sejarah kehidupan Nabi Nuh yang membina sebuah bahtera bagi menyelamatkan kaumnya daripada tragedi banjir besar yang melanda bumi.
Namun banyak pengkritik dari Hollywood menganggap filem tersebut tidak menghina Nabi Nuh. Alasannya tidak memilemkan keseluruhan kisah Nabi Nuh tetapi hanya mengadaptasi kisah sejarah tersebut.
Beberapa negara Islam antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Bahrain telah mengharamkan filem itu dan terbaru, Indonesia turut mengikut jejak langkah tiga negara terbabit melarang tayangannya di negara tersebut.
Poster iklan gergasi filem Noah yang menimbulkan kekecohan pelbagai negara
Ini bukan pertama kali industri filem Barat sengaja melemparkan provokasi dan kontroversi melalui penghasilan beberapa filem yang menyentuh kesucian agama Islam.
Awal tahun lalu filem Son of The God turut memaparkan perkara yang sama. Beberapa tahun lalu pula filem Bruce Almighty juga memperlihatkan perkara yang sama. Filem lakonan Jim Carrey itu telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat Kristian sendiri kerana mempersendakan kepercayaan mereka.
Barangkali kita boleh faham kenapa filem sedemikian dibuat kerana pembuatnya bukan Islam dan bukan diterbitkan oleh negara Islam.
Tetapi kita tidak faham apabila sebahagian besar filem yang dihasilkan di negara ini juga menghina Islam. Sebahgaian besar filem kita bukan sahaja tidak mengangkat cara hidup Islam malah menghina dengan mempromosi gaya hidup yang bertentangan dengan Islam.
Penghinaan yang dimaksudkan adalah dari segi pelanggaran norma-norma Islam pada paparannya. Yang peliknya filem begini dihasilkan oleh orang Melayu Islam.
Mereka mempromosi atau dengan lain perkataan mempersenda Islam dalam adegan, naratif dan kesimpulan filem tersebut.
Kalau pengarah Barat menghasilkan filem yang mencemarkan Islam, itu bukan suatu yang luar biasa. Tetapi bagaimana dengan pengarah Islam sendiri yang tidak menjunjung cara hidup Islam menerusi filem mereka?
Kebanyakan filem Melayu ketika ini dilihat begitu bebas melanggar etika dan cara hidup Islam. Mereka seolah-olah diberi kebebasan kononnya akhir cerita filem itu menyeru kepada kebaikan.
Tetapi sebelum bertemu dengan kebaikan, filem Melayu seolah-olah diwajarkan untuk memperendahkan lelaki dan wanita Islam yang menjadi pelakon. Mereka boleh melakonkan adegan rogol atau seks yang begitu terperinci sekali.
Kalau kita teliti secara mendalam, hampir keseluruhan filem Melayu memaparkan gaya hidup Barat, remaja berpeleseran dan terlibat dalam seks bebas. Semua ini dipaparkan tanpa rasa bersalah malah menyalahkan orang lain yang menganggap itu sebagai salah.
Kerana itu kita tidak terkejut apabila pengarah kita gemar memaparkan adegan dalam bilik tidur atau pusat hiburan yang liar.
Para pengarah kita dilihat tidak kisah memparkan babak di atas katil, berpelukan dan bermacam lagi aksi kononnya ingin menunjuk realiti babak terbabit.
Bukan itu sahaja, banyak juga babak serta aksi rogol yang dipaparkan secara sensual dengan gerak kamera menyorok aksi itu sejelas yang mungkin.
Padahal adegan rogol tidak perlu dipaparkan kerana banyak lagi teknik termasuk perlambangan boleh digunakan untuk memberitahu penonton tentang adegan itu.
Salah satu babak filem tempatan menunjukkan aksi di dalam tandas
Terbaru filem arahan Ismail Yaacob, Laga boleh dijadikan satu kajian kes. Babak intim pelakonnya Marsha dan Wan Hanafi Su disifatkan oleh pengarah sabagai babak bagi mendidik penonton. Tetapi cara adegan itu dihasilkan bercanggah dengan etika Islam dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Ada juga penonton yang menganggap lakonan Marsha dalam babak tersebut adalah yang terbaik dan mengubah geografi filem Malaysia ke arah filem antarabangsa. Inilah kesan daripada pembudayaan pemikiran yang dilakukan oleh filem tempatan yang mempromosikan gaya hidup Barat.
Persoalannya, sekiranya babak tersebut tidak dilakukan, adakah filem ini akan cacat? Dan sekiranya babak tersebut sememangnya dibuang daripada skrip asal adakah jalan ceritanya mengenai tradisi pertaruhan laga ayam tidak sampai kepada penonton?
Jangan anggap kita sebagai orang filem boleh diberi kelonggaran untuk melakukan sesuatu yang melanggar larangan dalam agama.
Dalam filem Iran, perkara-perkara yang mencemarkan Islam tidak ada dalam filem mereka. Tidakkah pengarah-pengarah kita tidak berasa malu dengan Iran yang boleh menghasilkan filem bertaraf dunia tanpa “mempersendakan" agama?
Walaupun tidak ‘menjual’ susuk tubuh pelakon wanita, industri filem Iran diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tetapi industri filem kita yang “menelanjangkan" banyak pelakon wanita dengan babak ranjang masih lagi berada di takuk lama malahan semakin merudum.