Pages

Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Wanita Singapura Di Tangkap Khalwat Sanggup Mengaku Bukan Islam



Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka, semalam.


Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.

Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.

“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.

“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.

Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.
Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam. – via MyNewsHub

View the original article here

Saturday, 30 August 2014

Wanita ‘Melepas’ Di Stesen MRT Rakyat Singapura, Bukan China



KETIKA heboh diperkatakan mengenai insiden seorang wanita membuang air besar di Stesen MRT Holland Village, Singapura pada 13 Ogos lepas, rata-rata menuduh ia perbuatan warga China yang bekerja di republik itu.

Namun ‘misteri’ wanita itu terlerai apabila polis mengesahkan wanita berkenaan adalah warga Singapura sendiri yang berusia 34 tahun.

Kejadian itu berlaku pada 1.40 petang namun wanita tersebut telah meninggalkan stesen itu sewaktu anggota polis tiba.

Sementara itu Naib Presiden Komunikasi Korporat MRT, Patrick Nathan berkata, pihaknya telah membersihkan kawasan tersebut sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai.

” Dia mungkin mengalami masalah mental,” ujarnya dalam satu kenyataan.MYNEWSHUB



View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

Mungkinkah MH370 berada di belakang pesawat Singapura menuju utara?

type='html'>Teori mengatakan pesawat MH370 mungkin mengikuti secara rapat pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Barcelona tanpa berjaya dikesan oleh radar muncul di internet selepas 10 hari operasi misi mencari dan menyelamat antarabangsa diadakan.

Teori ini konsisten dengan laluan pesawat sepanjang laluan yang berakhir di Laut Kaspia di utara dan selatan Lautan Hindi di selatan, ia sedang dicari oleh sekurang-kurangnya 26 negara.

Juruterbang dihubungi oleh The Malaysian Insider mempunyai teori sama mengatakan sesiapa sahaja yang mengawal Boeing 777-200ER yang masih hilang itu boleh memadamkan semua lampu pesawat dan terbang sepanjang malam untuk mengelakkan hubungan visual.



“Sebaik sahaja transponder dipadamkan dan lampu dimalapkan, pesawat MH370 terbang di udara tanpa boleh dikesan. Ia boleh mengikuti pesawat lain secara dekat, atau berada di bawah mereka tanpa sesiapa mengetahui.

"Pesawat lain boleh diketahui kedudukannya melalui perbualan radio," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider.

Pencarian MH370 atas talian

Penyumbang di laman sosial Reddit bernama "Sweeperguy" dan juruterbang Keith Ledgerwood mencadangkan teori pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang mengikut secara rapat pesawat SQ68 ke Barcelona sepanjang keseluruhan masa tujuh jam mereka berada di udara.

Secara kebetulan, pesawat SQ68 merupakan Boeing 777-300 ER, lebih panjang sebanyak 33 kaki daripada pesawat Malaysia Airlines dan terbang berhampiran MH370 semasa ia hilang daripada radar tentera Malaysia pada 2.15 pagi pada 8 Mac, 2014.

Teori ini berlegar-legar di prune.org atau Professional Pilots Rumour Network dan di akaun Tumblr Ledgerwoord selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kawasan baru misi mencari dan menyelamat pesawat yang mempunyai 239 penumpang termasuk anak kapal.

"Saya fikir ia hanya rapat di belakang. Pada awal pagi dan tanpa maklumat perisikan/amaran, jika pengendali radar perasan dua pulangan radar utama di kawasan sama, tetapi mendapat tindak balas mod 3A/C dari salah satu pesawat, ia mungkin tidak akan menarik perhatian," Sweeperguy menulis di Reddit pada Sabtu.

Mode 3/A digunakan untuk mengenal pasti setiap pesawat dalam kawasan liputan radar. Mod C digunakan untuk meminta/melaporkan ketinggian pesawat, menurut Wikipedia.

Penggendongan pada SQ68

Menurut laman sesawang Singapore Airlines, pesawat SQ68 dijadualkan meninggalkan lapangan terbang Changi pada 1.05 pagi ke Barcelona, 25 minit selepas MH370 terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, satu arah yang berlainan.

“Jika MH370 berpatah balik selepas komunikasi terputus pada 0130 dan terbang melalui Malaysia dan tempat yang dibincangkan sebelum ini, ia akan berada di 200NM NW di Pulau Pinang pada 0215.

“Kedudukan ini hanya 30NM di belakang SQ68 yang juga merupakan 777 pada 2.15 pagi,” tulis Sweeperguy di Reddit, menggunakan waktu Malaysia.

Sweeperguy berkata, jika MH370 mengikuti SQ68 sepanjang sepanjang utara-barat India, yang beliau spekulasikan, pesawat hilang itu akan berhampiran pesawat SIA di Pakistan, lima jam daripada kedudukan terakhir diketahui pada 2.15 pagi.

“Jadi, dengan mengikuti SQ68 dengan kelajuan dan altitud sama, sukar bagi operator radar India untuk mengesan atau mempersoalkan dua radar utama, selagi dia merasakan ia dijangkakan daripada SQ68", katanya.

Dalam tulisan di akaun Tumblr, Ledgerwood membuat kesimpulan sama penerbangan MH370 terbang ke semua titik laluan pelayaran dinyatakan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga ia berhampiran dengan SQ68 lebih kurang jam 2.15 pagi.

Beliau berkata, semasa memeriksa rekod penerbangan SQ68, jelas bahawa MH370 berada secara langsung di belakang pesawat SIA pada kira-kira 18:00 UTC dan selepas 15 minit mengikuti SIA68.

MH370 tidak dapat dikesan tanpa transponder

“Saya percaya MH370 berkemungkinan terbang di belakang SIA68 melalui kawasan udara India dan Afghanistan.

“Oleh kerana MH370 terbang secara bergelap tanpa transponder/output ADS-B, SIA68 mungkin tidak perasan MH370 berada berhampiran dan apabila melalui kawasan udara India, ia hanya akan memberi satu isyarat di radar, dengan hanya maklumat transponder SIA68 kepada ATC dan skrin radar tentera,” tulis Ledgerwood dalam satu tulisan yang sudah tersebar luas.

Beliau berkata penerbangan SIA itu tidak akan mengesan pesawat hilang MH370 kerana "Boeing 777 menggunakan sistem TCAS untuk mengelakkan lalu lintas; sistem ini biasanya akan memberi amaran dan visual kepada juruterbang jika pesawat lain terlalu dekat".

Tetapi sistem itu hanya beroperasi apabila menerima maklumat transponder daripada pesawat lain dan memaparkannya kepada juruterbang itu, katanya, sambil menambah "Jika MH370 terbang tanpa transponder, SIA68 tidak akan dapat melihatnya".

"Selain itu, sistem TCAS di atas kapal MH370 akan membolehkan juruterbang mengesan dan mendekati SIA68 di Selat Melaka seperti kelihatan ianya dilakukan.

"Sistem ini akan menunjukkan mereka arah penerbangan, perjalanan dan ketinggian dalam perjalanan yang akan membolehkan mereka untuk memintas di belakang Boeing 777 lain tepat pada waktunya," kata Ledgerwood.

Beliau berkata, walaupun MH370 tidak mengikut SQ68 ke Sepanyol, ia akan bebas daripada bayangan pesawat jet SIA yang lebih besar dan "kemudian diterbangkan ke laluan untuk ke tapak pendaratan akhir" seperti wilayah China Xingjian, Kyrgyzstan, atau Turkmenistan.

"Setiap lokasi akhir ini akan menepati dengan sempurna dengan jumlah 7.5 jam masa penerbangan dan mengikuti SIA68.

"Selain itu, semua lokasi ini memungkinkan dan berada di ‘ARC’ serta sesuai dengan data yang disediakan oleh Inmarsat dari ping terakhir diketahui SATCOM pada 01:11 UTC," kata Ledgerwood.

Tiada tanda MH370

Tetapi negara Asia Tengah seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan berkata semalam tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka pada 8 Mac, tidak memungkinkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang berpatah balik melalui laluan utara Thailand, menurut laporan Reuters.

Bagaimanapun, terdapat sembilan pesawat Malaysia menuju dan dari Eropah melalui kawasan udara Kazakhstan pada 8 Mac, kata pegawai.

Pegawai penerbangan Pakistan dan India termasuk militan Taliban di Afghanistan memberitahu Reuters mereka tidak tahu apa-apa mengenai pesawat hilang itu dan keberadaannya selepas misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan mereka semalam.

Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan.





Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here