Pages

Sunday, 14 September 2014

(17 Gambar) Terkini Shasha Mendoza

 Jom cuci mata dan tengok beberapa gambar terkini dan terbaru Shasha Mendoz yang ketika ini semakin sensasi dan terkenal gara-gara komennya yang mempertahankan kerajaan dan memperlekehkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) beberapa hari yang lalu. Memang cantik dan menawan Shasha Mendoz ini.

Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh


Nak ikutkan Mislina Mustaffa bukanlah pelakon yang terkenal sangat di Malaysia ini melainkan diingati kerana bergiat dalam teater, pernah muncul dalam beberapa naskhah arwah Yasmin Ahmad dan berlakon dalam filem adaptasi kehidupan Zaiton Sameon yang gagal memuaskan hati produsernya hingga dibuat semula.


Kebanyakan kisah Mislina yang terbit di media pun lebih ke arah memperkatakan tentang kehidupan peribadinya yang ‘lain’ daripada orang lain.
Berbeza dengan kebanyakan wanita biasa apatah lagi jika diperincikan kepada wanita timur berbangsa Melayu beragama Islam, Mislina memilih kebebasan menghirup udara tanpa batasan di dunia ini termasuk menggunakan alasan projek hidup secara gelandangan (going homeless by choice).


Sejak dulu dia tidak kekok memperlihatkan sisi hidupnya yang jelas terpesong dari norma agama yang dilahirkan bersamanya dari segi pakaian dan gaya hidup.


Terbaru, Mislina berkongsi gambarnya ketika mengunjungi Cuba pada 27 Julai hingga 21 Ogos 2014 lalu termasuk kenangan dia berbikini sambil menikmati keindahan pantai bersama teman lelaki.


Erm, nampaknya lengan Mislina pun dah ada ‘barcode’ sekarang…


Gambar ini membuatkan beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas.


Setakat ini tiada respon daripada Mislina untuk menjawab komen-komen tersebut biar pun ada rakan terapat dilihat membela dirinya.

Bak kata pepatah kita boleh heret kuda ke sungai namun tak mampu memaksa dia minum maka samalah halnya dengan kes Mislina ni kot.

Kalau dia tak mahu mencari akar diri dengan agama maka kekallah dia dengan pendirian dan gaya hidup tak seragam dengan Islam ini melainkan Allah turunkan hidayah padanya

Saturday, 13 September 2014

BOMOH MINTA BOGEL, MELANCAP PESAKIT DAN WARIS

Segamat: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogel dan dia melakukan onani terhadap mereka.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya.

Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapatkan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu.

“Remaja lelaki berkenaan dijadikan pengantara dalam proses rawatan itu dan dia diarah berbogel sebelum suspek melakukan onani terhadap mangsa beberapa kali sehingga tamat upacara pada jam enam pagi.

“Semua proses rawatan dilakukan dalam bilik yang hanya diterangi lampu kecil kononnya bagi mengelak dikesan saka yang mengganggu ibu mangsa,” katanya.

SUSPEK (tengah) ditahan reman kerana disyaki mencabul dua remaja.

Mohd Kamil berkata, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun mendakwa turut menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional itu dalam kejadian jam 9.30 malam, 6 September lalu, di tempat sama.

Katanya, mangsa mendakwa turut melalui upacara yang sama ketika menemani ibunya yang berusia 50-an untuk membuang saka sehingga menyebabkan dia trauma apabila diperlakukan demikian oleh lelaki berkenaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki yang sudah berkahwin itu tidak mengenakan bayaran.

“Suspek kini direman sehingga 13 September depan bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul. “Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh lelaki itu turut tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

GADIS GAGAL KAWAL NAFSU LIHAT 'AKSI ROMANTIK'

Saya berusia pertengahan 20-an dan berasal dari utara Semenanjung. Saya berkenalan dengan seorang jejaka sebaya dan berasal dari daerah yang sama.

Saya mempunyai konflik dalaman kerana jejaka itu ingin menjalani hubungan serius dan mengahwini saya tahun depan.

Sebelum ini, saya tidak pernah menjalin sebarang hubungan serius dengan mana-mana lelaki kerana hanya gadis kampung dan tidak biasa dengan persekitaran seperti gadis bandar.

Baru-baru ini, dia menyatakan hasrat untuk menemui ibu dan ayah saya. Ibu dan ayah tidak mempunyai masalah dengan hasrat jejaka itu.

Namun, dilema saya ialah abang dan kakak mempersoalkan niat jejaka itu berjumpa ibu ayah. Ini membuatkan saya agak takut dan cemas. Mereka bertanya pelbagai soalan dan saya tidak mampu menjawab soalan berkenaan.

Saya sudah membuat pendirian untuk berkahwin pada usia 27 tahun ke atas. Saya agak risau memandangkan keputusan jejaka itu yang agak pasti dengan keputusan hubungan yang serius.

Namun, adakalanya saya terfikir juga untuk mendirikan rumah tangga segera kerana saya mempunyai kawalan nafsu lemah (kadangkala melihat aksi romantik membuatkan saya teringin).

Jika berkahwin awal, saya dapat menghakis tabiat buruk itu. Kini, saya keliru sama ada meneruskan hubungan atau tidak. Dia lelaki pertama yang berani mendekati saya dan saya dapat lihat keikhlasannya.

Harap Dr dapat membantu.


Gadis Keliru
Kedah


Terima kasih kerana sudi berkongsi dilema yang dihadapi. Ia suatu luahan yang bermakna untuk dikongsi. Isu melangkah ke alam perkahwinan sering dihadapi setiap individu yang berstatus bujang. Pelbagai persoalan dan kekeliruan yang bermain difikiran menuntut kepada suatu pe­nyelesaian.

Maklumlah perkahwinan bukanlah medan untuk mencuba-cuba sebagaimana ketika bercinta, ia bukan sekadar sebuah perhubu­ngan cinta antara dua kekasih bahkan ianya lebih daripada itu.

Ia juga adalah pertautan kasih antara dua keluarga yang berlandaskan tanggungjawab dan amanah kepada agama. Dr amat menghargai kesungguhan yang ditonjolkan oleh teman lelaki saudari yang ingin berjumpa dengan ahli keluarga bagi membincangkan hasrat menikahi anda.

Suatu usaha yang harus diberi pujian. Ibu bapa saudari pula bersetuju dengan tindakannya dan bersedia menerima kunjungan. Ini suatu sifat keterbukaan yang baik yang dipamerkan oleh ibu bapa saudari.

Dr percaya, persoalan yang diajukan oleh abang dan kakak saudari bukanlah bertujuan untuk mempersoalkan keikhlasan hasrat teman lelaki saudari, sebaliknya ia mungkin bertujuan untuk memperlihatkan kesediaan saudari dan pasangan dalam berumahtangga.

Berdasarkan pengakuan anda, saudari perlukan sedikit lagi persediaan sebelum dapat meyakinkan diri sendiri sekaligus ahli keluarga.

Saudari harus membuat persediaan terhadap diri sebagai seorang isteri, menantu dan ibu. Saudari juga perlu bersedia dari sudut perancangan kewangan dan menguruskan rumah tangga. Perwatakan dan ciri-ciri pemilihan suami juga harus saudari titikberatkan.

Sebagai seorang abang dan kakak, sudah pasti mereka ingin melihat adik-adik mereka bahagia bersama seorang lelaki yang mampu membimbing saudari dan keluarga kepada kebaikan dan kebahagiaan. Keprihatinan keluarga saudari harus diberi pujian dan suatu nikmat yang harus disyukuri.

Berkaitan prinsip yang telah saudari tetapkan iaitu akan berkahwin pada umur 27 tahun, Dr melihat ianya adalah perancangan saudari sebagai seorang manusia semata-mata. Perancangan dalam hidup sangat penting, tetapi bersikap fleksibel terhadap prinsip yang ditetapkan adalah lebih baik untuk keadaan semasa saudari sekarang ini. Memandang saudari sedar bahawa saudari mempunyai kesukaran dalam mengawal nafsu, saudari juga akan mudah terangsang apabila melihat adegan-adegan romantik dan terasa ingin mencuba, niat untuk berkahwin dapat menyelamatkan saudari daripada kemaksiatan.

Mempercepatkan perkara yang baik atau halal adalah sesuatu yang dituntut dalam agama, namun tidak bermaksud saudari harus bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Perkahwinan bukanlah perlambangan untuk melampiaskan nafsu semata-mata, sebaliknya ianya satu ikatan yang suci yang didasari rasa tanggungjawab pasangan terhadap amanah yang diberikan oleh Allah.

Setelah saudari yakin dengan keputusan sendiri, sedar akan tujuan dan tuntutan perkahwinan, punyai perancangan yang baik dalam berumahtangga, yakin dengan pasangan yang dipilih, maka, bulatkan hati dan lakukanlah perbincangan semula dengan keluarga dari hati ke hati.

Keputusan ini haruslah datang daripada saudari hasil istikharah dan kewajaran dalam pertimbangan. Dr harap saudari jelas dengan pandangan dan cadangan yang diutarakan dan membantu saudari dalam membuat keputusan.