Pages

Thursday, 5 February 2015

Luahan Hati Johan Isu Kontroversi Zizan Dan Masa Depan Jozan Yang Mesti Anda Tahu...



Menerusi sumber info, Johan berkata lambakan kontroversi panas yang melanda Zizan sebenarnya langsung tidak menjejaskan jenama dan nama kumpulan duo itu.

Jelas Johan, mereka berdua masih bersama sebagai Jozan dan Johan telah hubungannya dengan Zizan bukan sekadar kawan tapi dah seperti adik beradik. Berikut adalah komen Johan mengenai Jozan dan Zizan.

“Dia antara kawan yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Dia sudah besar dan matang dalam hala tuju kehidupannya. Mungkin orang sudah tidak nampak kami bersama di kaca TV disebabkan komitmen lain, tetapi kami masih membuat private show bersama apabila diundang. Dalam setiap persembahan Jozan, kelemahan saya dia tutup dan begitu juga dengannya, boleh dikatakan kami ini melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Jozan. Lagipun saya ada perancangan untuk membuat persembahan kepada peminat-peminat Jozan tidak lama lagi cuma masih dalam mencari masa dan tarikh yang sesuai.”

Hmm.. Itu antara komen Johan. Terharu ammboi baca komen beliau. Hubungan bagai adik beradik. Saling bantu membantu. Saling melengkapi antara satu sama lain. Johan cover Zizan, Zizan cover Johan.

Ya, mungkin ramai sudah lupa peranan mereka berdua dalam Jozan. Sebenarnya mereka sama hebat. Masing-masing mempunyai cara tersendiri ketika buat persembahan. Mungkin kerana tidak serasi dengan Virus, menampakkan kelemahan Zizan.

Selain persembahan khas Jozan, sudah tentu ramai peminat mereka berharap Johan dapat bergandingan semula dengan Zizan dan seterusnya membawa JOZAN kembali ke pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang.


sumber

Wednesday, 4 February 2015

INFO: Kenapa Selesai Sahaja Hubungan Intimmm Rasa Mengantuk? Baca 7 Perkara ini




Aktiviti bercinta yang dilakukan oleh pasangan suami isteri didasari atas ungkapan kasih sayang. Selepas itu, munculnya perasaan senang, peningkatan mood, mengurangkan rasa sakit.
Itulah beberapa hal bagaimana seksssss mampu mempengaruhi prestasi otak untuk memunculkan perasaan di atas. Namun, masih ada tujuh hal lagi bagaimana seksssss mampu mempengaruhi fikiran seperti dilaporkan laman Time, Selasa (3/2/2015).
1. Seksssss menimbulkan perasaan senang
Aktiviti bercinta mampu membuat seseorang merasa lebih baik. Rasa senang yang muncul kerana aktiviti ini melepaskan dopamin, hormon yang mengaktifkan pusat kesenangan di otak. Hal yang hampir sama terjadi pada saat seseorang menikmati dadah seperti kokain.
"Menikmati kokainnnn dan berhubungan seksssss adalah dua aktiviti yang berbeza, tapi melibatkan bahagian otak yang sama," terang profesor psikiatri UCLA David Geffen School of Medicine, Timothy Fong, MD.
Hal yang sama pun terjadi usai mengambil kafein dan coklat.
2. Cara kerja seperti ubat antidepresi
Sebuah kajian tahun 2002 di University di Albany mendapatkan fakta bahawa perempuan yang berhubungan seksuallll tanpa kondommmm mempunyai gejala kemurungan lebih sedikit berbanding perempuan yang memakai kondommmm. Hipotesis penyelidik, kompaun dalam air maniiii, antaranya estrogennn dan prostaglandinnn, mempunyai sifat antidepresannnn yang kemudian diserap masuk ke tubuh.

3. Seksssss mengurangkan rasa sakit
Tak perlu menunda bercinta saat sakit kepala. Sebuah kajian yang dilakukan di Jerman pada tahun 2013 mendapati bahawa peserta yang mempunyai migrain merasakan rasa sakit yang ditimbulkan berkurang. Menurut penyelidik lain, rasa sakit yang berkurangan usai bercinta kerana tubuh mengeluarkan hormon oksitosin yang mampu meredakan rasa sakit.

4. Sekssss meningkatkan ingatan
Hal ini baru dibuktikan pada tikus. Sebuah kajian yang dilakukan terhadap tikus pada tahun 2010 menyimpulkan bahawa bercinta mampu menumbuhkan lebih cepat neuron di hippocampus, suatu kawasan otak yang berkaitan dengan daya ingat. Untuk manusia, masih diperlukan beberapa kajian penyokong apakah rutin bercinta mampu meningkaktan daya ingat.
5. Seksssss menenangkan
Sebuah kajian menunjukkan bahawa sekssssss mampu mengurangkan stres dengan cara menurunkan tekanan darah.

6. Sekssss membuat mengantuk
Bagi para wanita, mungkin kerap kesal usai bercinta kemudian ditinggal tidur suami. Hal ini ternyata ada fakta saintifik. Sekssss memang lebih membuat lelaki mengantuk daripada wanita. Hal ini disebabkan selesai lelaki mengalami klimakssss dilanjutkan dengan ejakulasi akan melepaskan hormon oksitosinnnnn dan serotoninnnn yang membuat lelaki rasa mengantuk.
7. Seksssss, terkadang boleh membuat sedih
Jika enam hal di atas memberikan manfaat positif, namun hubungan bercinta terkadang menimbulkan perasaan sedih. Menurut penyelidik adal istilah post-sexxxxxxk blues atau postcoitalllll dysphoriaaaa. Dalam penyelidikan, hal ini terjadi satu daripada tiga perempuan yang merasakan kesedihan usai bercinta. Penyelidik menduga, adanya rasa terpaksa saat bercinta yang menimbulkan hal ini.

Akhirnya Zizan Razak buka mulut beri amaran keras kepada Fazura?

Panas dan makin panas! Itu reaksi kami apabila melihat foto terbaru yang dimuatnaik oleh Zizan di laman Instagramnya.

Sekali pandang, foto yang menunjukkan dirinya dan Johan itu mungkin nampak seperti tiada apa-apa namun kapsyen yang digunakan seperti dituju buat seseorang. Zizan warning siapa itu?

Sebelum ini Zizan pernah ditegur oleh Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika prorram Maharaja Lawak Mega. Malah Zizan turut beberapa kali dicemuh peminat kerana prestasi hambarnya bersama Virus.

Namun persoalannya sekarang, kapsyen ini ditujukan buat siapa? Berdasarkan pemerhatian kami, ramai pengikut Zizan di Instagram mengaitkan nama Fazura.

Mungkin kerana tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi, ramai peminat mendesak Zizan mengambil positif kritikan juri di MLM. Tambah mereka, Zizan perlu move on.

Apa-apa pun Zizan ada alasan tersendiri mengenai kapsyen terbarunya ini - Portal Ohbulan.




Luahan Rasa Isteri Ini Amat Menyentuh Hati

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Bait lirik lagu nyanyian P.Ramlee yang sentiasa jadi siulan ramai ini jelas mempunyai makna yang cukup mendalam.
Siapa yang tidak pernah diuji dengan pergaduhan, perselisihan faham dan sebagainya dalam perhubungan lagi-lagi setelah mempunyai ikatan suami isteri.
Namun luahan hati seorang isteri yang dikenali sebagai Siti ini mengenai cinta, kasih sayang, kehilangan dan ujian Ilahi amat menyentuh hati kami.
Ia seolah-olah memberi pengajaran dan peringatan buat semua yang bergelar suami dan isteri agar menghargai masa yang diberikan Tuhan ketika mengecapi kebahagiaan hidup berkeluarga.
Semoga ianya bermanfaat buat semua.
fathia-e1422002194218
Luahan Siti di laman Facebooknya:
“Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga, kami selalu bergaduh. Itulah saya dengan suami. Selalu ada yang tidak kena sedangkan hati kami saling mencintai satu sama lain. Dia terlalu sibuk di tempat kerja sehinggakan saya rasa dia tidak mencintai saya lagi, sedangkan sebenarnya dia berusaha keras untuk memberi saya dan anak makan pakai yang sempurna. Saya seolah-olah tidak memahami peranan dan tanggungjawab seorang suami dan ayah yang amat berat dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Tanggal 4 November 2014, jam 11.30 tengahari adalah tarikh di mana Tuhan ingin membuka mata saya tentang erti kehilangan dan mengajar saya erti bersyukur. Saat inilah saat yang paling saya tidak boleh lupakan hingga kini. Ia merentap jiwa dan sanubari saya. Suami telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta Myvi ketika bekerja. Suami yang menunggang motosikal pada ketika itu telah berlanggar dengan Myvi berkenaan dan tercampak jauh jatuh ke jalanraya di USJ 1. Suami saya mengalami luka pada siku, retak tulang lengan dan bahunya juga terkeluar dari soket.

Ketika menerima berita kemalangan berkenaan, lemah lutut saya rasakan. Saya tidak pernah membayangkan perkara sebegitu terjadi kepada suami yang saya cintai. Tuhan sahaja yang mengerti perasaan saya pada ketika itu. Saya rasa dunia gelap dan terhenti. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi saya pada ketika itu.
Saya rasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana suami masih hidup pada hari ini walaupun terpaksa menjalani sesi fisioterapi secara berkala di Hospital Sungai Buloh. Kini saya mengerti apa rasanya bila kita kehilangan seseorang yang kita sayangi dan cintai walaupun kehilangan itu tidak terjadi kepada keluarga kami.

Kemalangan itu memberikan kesan yang mendalam pada diri saya dan suami. Saya lebih menghargai setiap detik bersama suami dan anak. Suami juga begitu. Saya lihat kini dia cuba untuk meluangkan masa bersama kami ketika ada masa terluang walaupun saya tahu dia amat letih setelah pulang dari tempat kerja. Kemalangan itu juga benar-benar menyatukan kami kembali. Ia adalah teguran yang saya kira datangnya daripada Tuhan untuk kami memperbaiki diri dan tetap teguh dalam rasa cinta sebuah keluarga bahagia.”