Pages

Wednesday 2 July 2014

Lukisan 3D Paling Besar Dan Terpanjang Di Dunia

Seorang artis China melakar lukisan 3D di jalan raya yang meliputi kawasan seluas 2,737.5 meter persegi, menjadikan ia paling besar di dunia.

Menurut laporan Metro UK, Yang Yongchun dan kumpulannya melukis lukisan bertajuk Rhythms of Youth di jalan raya di kampus Universiti Komunikasi China di Nanjing, ibu negeri wilayah Jiangsu sebagai memperingati Sukan Olimpik Belia Musim Panas yang kedua.

Rhythms of Youth mempamerkan landskap bandar Nanjing dan Sungai Yangtze, selain maskot sukan itu, Lele.

Lukisan yang merangkumi kawasan seluas 27,986 kaki persegi itu mengetepikan  rekod sebelum ini yang berukuran 12,490 kaki persegi dihasilkan artis dari Britain Joe Hill pada 2011, selain meraih gelaran lukisan terpanjang di jalan raya iaitu sepanjang 365 meter.

“Kumpulan saya mengambil masa lebih 20 hari untuk menyiapkan lukisan ini.
“Setiap hari, kami bekerja mulai dari pagi ketika kami dapat membezakan pemisahan warna hingga ke waktu senja ketika sukar untuk kami melihat kerana keadaan persekitaran sudah gelap,” katanya.





View the original article here

No comments:

Post a Comment