Pages

Showing posts with label Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Lukisan. Show all posts

Wednesday 2 July 2014

Lukisan 3D Paling Besar Dan Terpanjang Di Dunia

Seorang artis China melakar lukisan 3D di jalan raya yang meliputi kawasan seluas 2,737.5 meter persegi, menjadikan ia paling besar di dunia.

Menurut laporan Metro UK, Yang Yongchun dan kumpulannya melukis lukisan bertajuk Rhythms of Youth di jalan raya di kampus Universiti Komunikasi China di Nanjing, ibu negeri wilayah Jiangsu sebagai memperingati Sukan Olimpik Belia Musim Panas yang kedua.

Rhythms of Youth mempamerkan landskap bandar Nanjing dan Sungai Yangtze, selain maskot sukan itu, Lele.

Lukisan yang merangkumi kawasan seluas 27,986 kaki persegi itu mengetepikan  rekod sebelum ini yang berukuran 12,490 kaki persegi dihasilkan artis dari Britain Joe Hill pada 2011, selain meraih gelaran lukisan terpanjang di jalan raya iaitu sepanjang 365 meter.

“Kumpulan saya mengambil masa lebih 20 hari untuk menyiapkan lukisan ini.
“Setiap hari, kami bekerja mulai dari pagi ketika kami dapat membezakan pemisahan warna hingga ke waktu senja ketika sukar untuk kami melihat kerana keadaan persekitaran sudah gelap,” katanya.





View the original article here

Wednesday 14 May 2014

Lukisan Watercolor Pemandangan Bandaraya Serata Dunia Yang Menarik

Masa sekolah dulu ketika kelas seni rasanya pasti ramai yang pernah guna watercolor untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan cikgu. Watercolor jika digunakan dengan betul mampu menghasilkan lukisan yang bukan sahaja menarik, malahan unik seperti lukisan pemandangan yang dihasilkan seorang artist dari Russia bernama Elena Romanova ini.

View the original article here

Tuesday 13 May 2014

Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah

Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah - Nampaknya, keghairahan Sharifah Sakinah buat baju yang pelik dan berbeza semakin menjadi-jadi. 

Kalau sebelum ini beliau memperkenalkan baju-T yang mengandungi tulisan agak lucah seperti Cantik Tak Bontot saya dan Jogging Sampai Kentut, kini pelakon itu memperkenalkan pula baju-T yang mengandungi lukisan yang berunsur lucah.

Ingatkan sudah serik rupanya semakin kreatif menghasilkan baju-baju yang kurang sesuai untuk golongan masyarakat di Malaysia di mana lebih 70 peratus daripada golongan tersebut adalah beragama Islam. 

Susulan perkongsian sekeping gambar di bawah, Sharifah menerima kecaman hebat dari peminat sehingga ada yang meminta agar akaun Instagram miliknya dipadam segera.







View the original article here

Monday 5 May 2014

Lukisan 3D Menakjubkan Yang Seolah-olah Tersembul Dari Kertas (12 Gambar)

Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensil dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini.

View the original article here