Pages

Showing posts with label Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sakinah. Show all posts

Tuesday 20 May 2014

Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar

Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar - Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.

Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.

Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya, salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak muda yang meminatinya sebagai selebriti.






View the original article here

Tuesday 13 May 2014

Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah

Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah - Nampaknya, keghairahan Sharifah Sakinah buat baju yang pelik dan berbeza semakin menjadi-jadi. 

Kalau sebelum ini beliau memperkenalkan baju-T yang mengandungi tulisan agak lucah seperti Cantik Tak Bontot saya dan Jogging Sampai Kentut, kini pelakon itu memperkenalkan pula baju-T yang mengandungi lukisan yang berunsur lucah.

Ingatkan sudah serik rupanya semakin kreatif menghasilkan baju-baju yang kurang sesuai untuk golongan masyarakat di Malaysia di mana lebih 70 peratus daripada golongan tersebut adalah beragama Islam. 

Susulan perkongsian sekeping gambar di bawah, Sharifah menerima kecaman hebat dari peminat sehingga ada yang meminta agar akaun Instagram miliknya dipadam segera.







View the original article here

Sunday 23 March 2014

Sharifah Sakinah Bersukan

type='html'>
Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.

sss4
Walaupun pada awalnya menimbulkan kontroversi semasa penubuhannya, namun program tersebut dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila.
Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-
sss2Antara foto yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di laman Instagramnya
“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.”
Tak pasal-pasal orang lain pun turut tayang perut. Apa-apapun jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah melakukan senaman!
sss
sss5
sss3


View the original article here