Pages

Monday 7 July 2014

Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang'

Dua ekor panda gergasi yang diterima Malaysia daripada China diberikan nama baharu sebagai 'Xing Xing' dan 'Liang Liang'. 




"Panda-panda ini sekarang mempunyai dua nama, satu yang diberikan oleh China dan satu lagi diberikan oleh Malaysia," katanya. 





Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan satu pertandingan untuk mencadangkan nama baharu buat kedua-dua panda berkenaan dan menerima kira-kira 2,000 cadangan. 










Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di sini mengumumkan nama panda jantan yang sebelum ini adalah Fu Wa telah ditukarkan kepada Xing Xing dan panda betina iaitu Fen Yi, diberikan nama Liang Liang, yang masing-masing bermaksud 'kemakmuran' dan 'cantik'. 





Pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu sebagai simbolik jalinan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China. 










Malaysia akan menjadi tempat tinggal buat Xing Xing dan Liang Liang untuk selama 10 tahun. 





Tag : Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang', Nama Panda Malaysia

View the original article here

No comments:

Post a Comment