Pages

Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Wednesday 26 November 2014

Fotograpi Juliana Evans yang pertama selepas kembali ke Malaysia

Selepas kaku pada lima minit pertama, barulah gadis ini mula mendapat rentak beraksi di hadapan kamera.

Jujur saja bicaranya, sudah lama tak bergambar sakan, apatah lagi ditampilkan sebagai penghias muka depan akhbar mahupun majalah.

Ini adalah sesi fotografi pertama dijayakan pelakon Juliana Evans, 25, sekembalinya dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu.

Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans yang mesra disapa Jue ini menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi di Western Michigan University.

Dia kemudian menetap selama enam bulan di Los Angeles (LA) bagi mengikuti program jangka pendek di New York Film Academy - Harian Metro






View the original article here

Monday 24 November 2014

KECOH , PANAS DAN GEMPAR ! VIDEO AKSI PANAS ARTIS MALAYSIA TERKENAL DENGAN SEORANG VVIP TERSEBAR LAGI

Belum habis video yang disebarkan oleh blogger dan di media sosial tentang artis luar negara, kini negara dikejutkan pula dengan seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang vvip bertaraf menteri. Video berdurasi 30minit itu tersebar dan dimaklumkan oleh sumber bahawa, klip rakaman didapati daripada rakan seorang pemilik video itu. Kalau tengok dalam video itu memang sah muka seorang artis perempuan terkenal itu. Memang tidak hairan beliau dan rakan beliau juga seorang pelakon turut sama terlibat dalam menghiburkan ahli-ahli vvip. Tapi kesahihan korang sendiri nilai sebab muka pelaku jelas dipaparkan dalam video berdurasi 30minit itu.

Klik pautan gambar untuk melihat rakaman tersebut yang kini tersebar meluar di media sosial dan laman-laman blog.

Perhatian: pastikan anda berumur 18tahun dan kami tidak sarankan anda sebarkan kembali video ini untuk mengelakkan aib artis terkenal ini tersebar. Dan untuk makluman, video hanya boleh tengok di laptop dan komputer sahaja. Kerana format tidak sesuai untuk telefon pintar dan tidak boleh dilihat melalui telefon pintar. sekian



View the original article here

Tuesday 18 November 2014

10 Artis Malaysia Yang Tetap Cantik Walaupon Tanpa Make up


Kalau sudah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting.

Setiap kali penggambaran, solekan tebal itu adalah kemestian sehinggakan kadangkala solekan tersebut menenggelamkan raut wajah asli mereka. Tetapi apa perlunya solekan sekiranya artis itu sudah semula jadi cantik? Jom kita saksikan wajah artis tanpa mekap tetapi masih kekal cantik menawan! Cemburu sungguh kami melihat kulit mereka yangflawless. Ini hanya sebahagian yang dapat dikongsi… :)



NORA DANISH 


LISA SURIHANI 


NUR FAZURA 


SITI NURHALIZA 


EMMA MAEMBONG 


NEELOFA 


UMIE AIDA 


SITI SALEHA 


LIYANA JASMAY 


SCHA AL-YAHYA


View the original article here

Monday 6 October 2014

10 Artis Janda Paling Hot Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?

1). Liza Abdullah
Namun, dua orang aktres yang Murai sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.



2). Erra Fazira
Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi Murai berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.


3). Nora Danish
Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.


4). Nabila Huda
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.


5). Maya Karin
Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.


6). Rita Rudani
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.


7). Raja Azura
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.


8). Norish Narman
Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.


9). Jasmin Hamid
Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.


10). Noniswara
Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.

Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?

View the original article here

Sunday 28 September 2014

Rakyat Malaysia Ketagih Melayari Internet?



CYBERJAYA – Rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber, dengan 58 peratus daripada mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar di mana sahaja mereka berada.

Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari.

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

“Kecenderungan boleh menjadi ketagihan, kalau lebih daripada tujuh jam sehari ia dikatakan ketagihan serius. Jadi kita perlu pantau anak supaya mereka tidak ketagih.

“Cara kita nak tahu ketagihan ialah apabila tiada Internet, apa reaksi mereka? Adakah mereka mengalami tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan atau tidak dapat menumpu perhatian terhadap pelajaran”, katanya dalam temubual bersama Bernama.

BAHAYA PENGGUNAAN BERLEBIHAN INTERNET

Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti dan kegemukan sejak kanak-kanak kecil lagi.

Bahkan, beberapa insiden buruk disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara dan serata dunia. Antaranya, kematian seorang pemuda
berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam pada akhir tahun lepas.

Begitu juga, seorang pemuda berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing.

Pemuda itu dilaporkan duduk di depan komputer selama tiga hari tanpa makan, minum dan tidur.

“Jadi internet dan pelbagai peranti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi kini sehingga ada yang tidak dapat bezakan dunia nyata dan dunia siber kerana ia saling melengkapi”, katanya.

Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone, ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada 2012.

Jelas Eneng Faridah, setiap maklumat yang dikongsi termasuk kandungan palsu dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter bukan sahaja merentasi sempadan negara, bahkan akan kekal dalam arkib selama-lamanya.

Ia memberi kesan mendalam terhadap individu dan keluarga terbabit selain mengganggu ketenteraman awam dan negara.

“Kebanyakan pengguna tidak faham tentang etika ataupun akibat daripada tindak-tanduk mereka di alam maya. Tindak-tanduk mereka tersebar tanpa sempadan, di luar batas undang-undang dan kedaulatan sesebuah negara”, tegasnya.

Menurut beliau, laman sosial seperti Facebook dan Twitter adalah status dan bukan diari untuk meluahkan perasaan atau mencetuskan suasana panik, sekaligus mencari populariti murahan.

Orang ramai juga mempunyai tanggapan salah bahawa segala dalam Internet adalah di bawah kawal selia SKMM dan perilaku salah di alam siber boleh dimaafkan.

MENDIDIK GENERASI MUDA

“Mustahil, kerana kita perlukan tenaga manusia yang banyak untuk memantau di tahap sedemikian. Namun, sesuatu yang salah di sisi undang-undang di alam nyata juga salah di alam siber”, tambah beliau.

Jelasnya, walaupun sebagai badan pengawal selia, SKMM tidak mempunyai daftar pengguna internet, senarai e-mail dan nombor telefon bimbit, senarai akaun Facebook, Twitter, dan blogger di negara ini dan hanya merujuk kepada pemberi perkhidmatan seperti syarikat-syarikat telekomunikasi apabila membuat siasatan terhadap sesuatu kes.

Justeru kerjasama orang ramai amat penting ketika menjalankan sesuatu siasatan dan dalam menyalurkan maklumat benar dan tepat.

Eneng Faridah juga menolak cadangan sesetengah pihak yang mahukan Facebook disekat seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti China, Cuba, Korea Utara dan Iran.

“Ia bukan satu tindakan berkesan untuk mengawal kandungan, kerana Facebook boleh diganti dengan saluran lain untuk menyebarkan maklumat.

“Lagipun penyalahgunaan internet belum mencapai tahap genting sehingga memerlukan satu tindakan radikal. Namun kami tekankan bahawa kuasa mengawal internet termasuk Facebook, terletak di jari pengguna sendiri”, katanya.

Pada 2012 kerajaan memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi membudayakan nilai-nilai murni pengguna internet merangkumi semua lapisan umur mdi negara ini.

Sehingga kini SKMM telah menjalankan lebih 1,500 program KDB di seluruh negara dan lebih 3,200 program latihan di 426 Pusat Internet 1Malaysia bagi mendidik generasi digital demi kepentingan semua.

KDB dianggap penting kerana golangan muda khasnya dikatakan kurang pengetahuan dalam isu penyalahgunaan Internet terutama mengenai penipuan n”phishing”, “malware”, kecurian kata laluan atau identiti, buli siber atau kesalahan jenayah Internet. – BERNAMA

View the original article here

Saturday 30 August 2014

Sesuatu Perkara Pelik Terjadi Sewaktu Kajol Datang Ke Malaysia

Mana taknya, banyak filem Bollywood yang kekal sebagai all time favourite orang ramai. Contohnya, Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham. Eh, banyak lagi lah!

Dek kerana itu, kunjungan Kajol buat pertama kalinya di Malaysia sempena pelancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) semalam telah membuatkan semua orang jadi excited! Termasuklah selebriti Malaysia sendiri.

Awal Ashaari dan Lisa Surihani adalah antara manusia yang paling bertuah kerana dapat ber’selfie’ dengan Kajol. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih bagi mereka yang membesar dengan menonton filem lakonan Kajol. Peluang sekali seumur hidup kot. Menariknya Kajol berkata kepada Lisa Surihani ‘Kalau dikurniakan lagi anak perempuan, saya mahu namakan dia Lisa macam nama kamu‘. Ini bermakna Kajol mengakui kecantikan wanita Malaysia. Yeah ~~~








Sumber
View the original article here

Monday 28 July 2014

Hantu lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud


MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

ANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.



Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.




GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.



Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.


Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

View the original article here

Sunday 27 July 2014

Gambar Candid Paling Lucah Artis Malaysia

Epic! Gambar ni agak memecahkan perut aku yang dah sedia senak ni hahahaa.. Macam manalah cameraman boleh buat gambar macam ni? Adakah gambar ni disengajakan atau tidak, itu yang menjadi persoalan. Hohohoh! Tapi takdalah gambar ni menjadi sepanas isu gambar bogel artis.


View the original article here

Tuesday 15 July 2014

Gadis Paling di Cari di Malaysia Pada Tahun 2013


Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2013. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2013.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .

Antara cerita Fatin di blognya adalah: .

“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin. Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.

Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

View the original article here

Monday 14 July 2014

PLAT NOMBOR KERETA YANG PALING ANGKUH DI MALAYSIA?

Nice One!

Bukan kereta anak Rozita kerana anak Rozita punya result tak gempak macam di bawah


Sumber Twitter @danialabrardaba

View the original article here

Lelaki Giat Kumpul ‘Koleksi’ Isteri Dari Serata Dunia Termasuk Malaysia

Warga Britain dikesan sudah kahwini 12 wanita seluruh dunia

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Britain yang pernah berjihad di Bosnia sebelum ini, kini dikesan giat mengumpul ‘koleksi’ isteri dari serata dunia termasuk rakyat Malaysia.

Robert Andrew Scott atau nama Islamnya, Jamalaluddin Mustafa, 43, berasal dari Leeds, United Kingdom, dikesan sehingga kini sudah mengahwini 12 wanita termasuk lima rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, dua daripada isteri rakyat Malaysia itu dilaporkan sudah dicerai oleh Andrew sebelum mengahwini beberapa wanita lain termasuk warga Bosnia, Indonesia, Perancis, Maghribi, Jerman dan British.

Sumber: BHarian

View the original article here

Tuesday 8 July 2014

Kisah Benar!!! Khairun Darwani Khairuddin Bongkar Realiti Bantuan RM300 Anak OKU di Malaysia

Betul atau tidak bantuan diberikan hanya bernilai sebegitu. Mari kita ikuti laporan penuh dibawah :




Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..













Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.





Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.





Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…





Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.





*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..












Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin


Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

Via-BeritaSemasa

View the original article here

Monday 7 July 2014

Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang'

Dua ekor panda gergasi yang diterima Malaysia daripada China diberikan nama baharu sebagai 'Xing Xing' dan 'Liang Liang'. 




"Panda-panda ini sekarang mempunyai dua nama, satu yang diberikan oleh China dan satu lagi diberikan oleh Malaysia," katanya. 





Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan satu pertandingan untuk mencadangkan nama baharu buat kedua-dua panda berkenaan dan menerima kira-kira 2,000 cadangan. 










Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di sini mengumumkan nama panda jantan yang sebelum ini adalah Fu Wa telah ditukarkan kepada Xing Xing dan panda betina iaitu Fen Yi, diberikan nama Liang Liang, yang masing-masing bermaksud 'kemakmuran' dan 'cantik'. 





Pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu sebagai simbolik jalinan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China. 










Malaysia akan menjadi tempat tinggal buat Xing Xing dan Liang Liang untuk selama 10 tahun. 





Tag : Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang', Nama Panda Malaysia

View the original article here